Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Port Makan Hujung Minggu: Moxy Putrajaya Relaunch Bufet 'Eat-Chew'

Kalau anda tengah cari port makan hujung minggu yang best, tak payah pening-pening lagi. Restoran Three.6.5 di Moxy Putrajaya kembali mencuri tumpuan ramai selepas melancarkan semula Bufet Makan Malam 'Eat-Chew Weekend'yang tampil dengan sajian lebih mewah dan pelbagai.

Diadakan eksklusif pada setiap malam Jumaat dan Sabtu, bufet berwajah baharu ini menggabungkan pelbagai hidangan popular tempatan dengan sentuhan fusion moden. Memang ngam sangat untuk korang yang nak lari dari rutin kerja dan “reward” diri bersama keluarga atau rakan-rakan.

Apa Yang 'Best' Kat Sini?

Dibawakan khas oleh Chef Jimmy dan pasukan kulinari Moxy, ini antara hidangan menarik yang wajib anda serbu:

  • Seafood On Ice & Sushi Corner: Peminat makanan laut boleh makan sampai puas! Ada udang harimau segar, kekapis, kupang, serta sushi dan sashimi yang dipotong segar.

  • Maggie Wagyu Beef Sukiya & Lobster Masak Lemak: Ini memang star of the show! Gabungan rasa mi sukiya daging Wagyu yang lembut dan kepekatan kuah Lobster Masak Lemak memang bikin ketagih.

  • Stesen Masak Secara Langsung: Dapatkan hidangan panas terus dari Moxy Grill CartCarving Station (daging panggang), dan stesen Sup Daging Berempah yang cukup padu.

  • Sajian Tempatan & 'Street Food': Korang juga boleh nikmati Moxy Ayam Gunting yang rangup, Nasi Goreng Signature Moxy, dan pelbagai pencuci mulut yang menceriakan.

Dengan suasana kafe yang santai, hiasan dalaman yang moden dan instafamous, menjamu selera kat sini memang terasa sangat 'chill' dan sesuai untuk buat konten media sosial korang.

Bagi yang nak merancang staycation singkat atau sekadar nak makan-makan hujung minggu ini, jangan lupa tempatkan meja korang awal-awal sebelum penuh.