Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Tiada Kategori

Pos Malaysia Melantik Sid Hart Sebagai Ketua Baharu Redly Express

Nurul Naqiyah

Pos Malaysia Melantik Sid Hart Sebagai Ketua Baharu Redly Express

KUALA LUMPUR, 4 Februari 2025 – Pos Malaysia Berhad (“Pos Malaysia”), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Sid Hart sebagai ketua baharu Redly Express, perkhidmatan kurier antarabangsa Pos Malaysia berkuatkuasa pada 3 Februari 2025. Sid akan melaporkan diri kepada Sumesh Rahavendra, Ketua Pegawai Transformasi & Digital Kumpulan.

Sumesh Rahavendra berkata, “Dengan kepakaran beliau yang terbukti dalam penjenamaan semula organisasi untuk kejayaan global, Sid sudah pasti akan menjadi aset yang sangat berharga kepada Pos Malaysia. Beliau dikenali kerana kepimpinannya dalam inisiatif yang memfokuskan strategi komersial, memacu pertumbuhan bahagian pasaran, dan meningkatkan kualiti perkhidmatan. Keupayaan beliau untuk membina hubungan yang kukuh dengan pihak berkepentingan, mengoptimumkan operasi, dan memupuk budaya penambahbaikan berterusan secara konsisten menghasilkan keputusan positif yang berkekalan dan hasil jangka panjang yang menguntungkan.”

sid hart

Mengulas mengenai pelantikannya, Sid berkata, “Saya teruja untuk menyertai Redly Express pada masa yang begitu kritikal bagi industri ini. Seiring dengan perkembangan pesat pasaran, fokus kami adalah untuk memacu pertumbuhan, mengukuhkan kerjasama serta memberi nilai sebenar kepada pelanggan kami. Kami berpeluang untuk memperluaskan capaian global kami dan menetapkan piawaian baru dalam sektor logistik antarabangsa.”

Sid adalah seorang pemimpin strategik dengan pengalaman antarabangsa serta kepakaran luas dalam industri pos, logistik, hubungan antarabangsa, dan kurier serta penghantaran bungkusan ekspres. Beliau berpengalaman dalam memacu pertumbuhan organisasi, mengatasi cabaran yang kompleks, dan menyampaikan hasil transformasi melalui inovasi strategik dan pelaksanaan yang tegas.

Dalam peranan baharunya, Sid akan memberi tumpuan kepada penyeliaan semua pendapatan antarabangsa, termasuk Redly Express dan perniagaan transshipment yang sedia ada. Sebelum menyertai Pos Malaysia, Sid pernah menjawat jawatan sebagai Naib Presiden Perniagaan Antarabangsa di Singapore Post, dan telah memegang beberapa peranan kepimpinan strategik, termasuk Pengarah Urusan Asia Pacific Post Cooperative, dan Ketua Pegawai Pendapatan di HypaShip.

Kekal terhubung dengan Pos Malaysia melalui www.pos.com.my atau ikuti kami di Facebook, X, Instagram, Tik Tok, YouTube, dan LinkedIn.