Pos Malaysia Perkenal Koleksi Folder Setem Eksklusif Ultraman
Penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, Pos Malaysia Berhad melancarkan folder setem edisi terhad menampilkan adiwira legenda Ultraman.
Perkara itu dikongsikan Pos Malaysia menerusi satu hantaran di Facebook rasminya.
“Berita menarik untuk peminat adiwira! Pos Malaysia dengan bangganya memperkenalkan folder setem edisi terhad menampilkan adiwira legenda, Ultraman!
“Mantapkan koleksi setem anda dengan keluaran edisi terhad yang menampilkan Ultraman ulung yang memacu kemahsyuran siri Ultraman!” kongsi Pos Malaysia.
Buat peminat adiwira dari negera matahari terbit itu, boleh membuat prapesanan folder setem eksklusif di laman web rasmi Pos Malaysia Berhad atau cawangan Pos Malaysia terpilih pada harga RM120.
Antara barangan yang ditawarkan adalah 1 folder, 3 helaian setem, 3 keping poskad, 1 sampul surat cenderahati dan 1 keychain.
Sebelum ini, Pos Malaysia Berhad melancarkan Minggu Setem 2025 dengan tema ‘Animasi Klasik’, meraikan siri animasi kesayangan Malaysia dari era 1990-an termasuk Keluang Man, Anak-anak Sidek, Yokies, dan Hikayat Sang Kancil.
Koleksi Setem ‘Animasi Klasik’ ini dijual sebagai set folder berharga RM71.50, yang merangkumi:
Dihasilkan melalui kerjasama dengan FINAS (Hikayat Sang Kancil), Iconic Animation Studio Sdn Bhd (Yokies & Keluang Man), dan YBhg. Datuk (Dr.) Hj Mohmed Misbun Bin Dato’ Haji Sidek (Anak-anak Sidek), koleksi ini mempamerkan animasi ikonik Malaysia yang telah menemani berbilang generasi.
Sumber: Pos Malaysia Berhad