Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

‘Power Nap’ Berikan Suntikan Tenaga Kepada Anda Disiang Hari, Patut Cuba

Young handsome man sleeping on couch at home, side view. Click here for more "People at Home" images: [url=my_lightbox_contents.php?lightboxID=1507925][img]http://www.nitorphoto.com/istocklightbox/peopleathome.jpg[/img][/url] [url=my_lightbox_contents.php?lightboxID=5638799][img]http://www.nitorphoto.com/istocklightbox/szendi.jpg[/img][/url]

Tidur siang boleh memberikan suntikan tenaga untuk kita meneruskan aktiviti setelah habis separuh waktu kita bekerja. Meskipun work from home (WFH) memungkinkan semua orang untuk melelapkan mata untuk sejenak, tidur siang di hari kerja tidaklah semudah yang disangka. Selain mungkin kerana jadual yang justeru lebih padat, kita juga boleh mungkin boleh terlebih tidur dan akhirnya kita mungkin terlepas temu janji penting. Ketahuilah bahawa tidur terlalu lama di siang hari juga boleh mengundang masalah kerana akan membuat kita sukar untuk tidur pada waktu malam.

Jika ingin tidur siang yang minimu, membuat badan kembali segar dan tidak mengganggu tidur di waktu malam, cubalah power nap. Menurut pakar dari University of Michigan, Dr. Deidre Ann Conroy, power nap adalah tidur yang singkat, biasanya 20-30 menit. Jika merasakan ngantuk yang luar biasa di tengah hari dan memerlukan suntikan tenaga, power nap boleh membantu menjaga waktunya. “Ini boleh dilakukan bukannya hanya minum kopi atau bentuk kafein lain untuk terus terjaga dan bertenaga” menurut Conroy, seperti dipetik dari CNET.

Namun, power nap bukan untuk semua orang, khususnya untuk orang yang suksr tidur di malam hari atau mengalami insomnia. Namun, jika kamu tidak memiliki gangguan tidur atau insomnia dan ingin mencoba power nap, dua langkah berikut boleh kamu terapkan:

1. Pasang alarm selama 30 minit

Mungkin ini terlihat singkat. Namun, tidur siang selama 20-30 menit adalah cara terbaik untuk membantu kita merasa lebih segar dan tidak pening kepala. Pasanglah alarm agar kamu tidak terbabas tidur terlalu lama.

Berjaga-jaga agar tetap berada pada tahap tidur yang ringan selama 20-30 menit adalah kunci untuk memastikan diri kita merasa lebih baik. Sebab, jika kita sudah tertidur nyenyak di siang hari dan harus bangun secara tiba-tiba tubuh justeru akan terkejut dan malah akan merasa lelah.

2. Tidur siang lebih awal

Tidur siang bagi sebahagian orang boleh berlanjutan hingga petang. Oleh itu, waktu yang tepat juga merupakan faktor penting. Jika kamu tidur siang terlalu lama, misalnya berlarutan sampai ke petang atau sudah hampir dengan waktu tidur sepatutnya, ianya berpotensi untuk mendapat kesukaran untuk tudur.

Jadi, tidak peduli seberapa lelahnya anda, pastikan tidur malam tetap menjadi keutamaan daripada tidur siang. Waktu yang ideal sebetulnya bervariasi, sebab setiap orang punya jam internal tubuh yang berbeza. Menurut Conroy, umumnya orang-orang mampu menghindari tidur siang setelah pukul 17.00 namun belum tentu terjadi kepada setiap orang.

“Jadi, lakukan apa yang terbaik untuk badan anda sendiri,” kata Conroy.

Sumber- CNET