Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
zakat mata wang kripto
Tiada Kategori

PPZ-MAIWP Pusat Zakat Pertama Lancar Saluran Bayaran Bagi Mata Wang Kripto

Nurul Naqiyah

PPZ-MAIWP Pusat Zakat Pertama Lancar Saluran Bayaran Bagi Mata Wang Kripto

KUALA LUMPUR, 18 DISEMBER 2024: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melancarkan Saluran Bayaran Zakat Aset Digital sebagai inisiatif terkini bagi memudahkan umat Islam menunaikan tanggungjawab berzakat dalam era ekonomi digital.

Keputusan mesyuarat perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-134 telah menetapkan bahawa mata wang digital adalah komoditi yang diniagakan. Justeru memiliki nilai mata wang digital serta jika diniagakan, maka wajib dikeluarkan zakat perniagaan dengan kadar 2.5%.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Abdul Hakim Amir Osman berkata, seiring dengan perkembangan teknologi blockchain dan penggunaan aset digital seperti mata wang kripto (cryptocurrency), token digital, NFT (Non-Fungible Token) dan lain-lain lagi, terdapat keperluan untuk membimbing umat Islam tentang tanggungjawab zakat berkaitan aset digital ini.

zakat mata wang kripto

“Pembayar kini boleh menunaikan zakat secara langsung dengan menggunakan mata wang kripto. Tidak hanya selaras dengan perkembangan teknologi, tetapi inisiatif ini juga bertujuan untuk memastikan tiada golongan yang terlepas daripada menunaikan kewajipan zakat mereka tanpa mengira bentuk aset yang dimiliki.

Data daripada Suruhanjaya Sekuriti, menunjukkan nilai aset digital yang dimiliki oleh rakyat Malaysia secara keseluruhannya mencecah RM16 billion. 54.2% pelabur berusia 18-34 tahun. Transformasi dalam pelaksanaan ibadah melalui medium digital menjadi bukti bahawa Islam terus berkembang dan menyesuaikan diri dengan keperluan semasa umatnya.”

Untuk makluman, kutipan zakat aset digital meningkat 73% dengan kutipan sebanyak RM25,983.91 pada tahun 2023 manakala pada tahun 2024 bermula Januari sehingga hari ini, PPZ-MAIWP mencatatkan kutipan sekitar RM44,991.97. Peningkatan ini jelas menunjukkan bahawa kesedaran mengenai zakat aset digital itu wujud di kalangan Masyarakat.

Sebagai permulaan saluran bayaran zakat aset digital ini, PPZ-MAIWP telah melantik Sharlife Sdn Bhd sebagai ejen kutipan zakat pertama dengan menggunakan mata wang kripto. Para pembayar zakat boleh menunaikan zakat aset digital dengan mudah melalui portal Sharlife.my.

zakat mata wang kripto

Istimewanya, syarikat ini menyediakan khidmat saringan aset digital patuh Syariah mengikut metodologi penyaringan yang komprehensif. Dengan pelantikan ini, PPZ MAIWP merupakan institusi zakat pertama di dalam negara yang menyediakan perkhidmatan bayaran zakat menggunakan aset digital sekaligus memperkenal inovasi terkini dalam penunaian ibadah zakat.

Di kesempatan ini, PPZ-MAIWP ingin mengajak orang ramai agar segera tunaikan zakat sebelum atau selewat-lewatnya pada 31 Disember untuk menikmati rebat cukai pendapatan 100% serta peluang memenangi pelbagai hadiah menarik lain.

Sebarang maklumat mengenai aktiviti kempen boleh mengikuti perkembangan di media sosial PPZ-MAIWP dan layari www.zakat.com.my/yez2024.