Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Prabowo-Trump Meterai Perjanjian, Indonesia Benarkan Pindahan Data Pengguna Ke AS

Athirah
Prabowo-Trump
Kredit: Kompas

Prabowo-Trump Meterai Perjanjian, Indonesia Benarkan Pindahan Data Pengguna Ke AS

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto memaklumkan Indonesia akan menggalakkan pemindahan data pengguna domestik ke Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian daripada kerjasama perdagangan dua hala, lapor portal Kompas.

Beliau berkata, perkara itu merupakan antara kesepakatan yang dicapai menerusi Perjanjian Tarif Timbal Balas (Agreement on Reciprocal Trade/ART) yang dimeterai Presiden Prabowo Subianto dan Presiden Donald Trump.

“Indonesia turut menggalakkan pemindahan data merentas sempadan secara terhad, selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa di Indonesia,” katanya dalam satu sidang media maya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Amerika Syarikat (AS) sebagai pihak penerima akan memberikan perlindungan terhadap data pengguna Indonesia.

Melalui kesepakatan itu, Indonesia memastikan kadar purata tarif import ke Amerika Syarikat (AS) turun kepada 19 peratus, berbanding 32 peratus sebelum ini.

Beri manfaat secara langsung 4 juta pekerja, 20 juta rakyat Indonesia

Kompas melaporkan kadar tarif tersebut dikatakan yang terendah di kalangan negara-negara ASEAN.

Menurut Airlangga, kesepakatan ini terhasil daripada rundingan intensif sejak pengumuman dasar timbal balik Amerika Syarikat pada April 2025.

Dalam perjanjian Agreement on Reciprocal Trade (ART), kira-kira 1,819 pos tarif produk Indonesia mendapat kemudahan, merangkumi sektor pertanian dan perindustrian seperti kelapa sawit, kopi dan koko, rempah-ratus, elektronik dan semikonduktor, serta peralatan pesawat terbang.

Selain itu, produk-produk berkenaan menikmati kadar tarif sehingga 0 peratus di pasaran AS, manakala sektor pakaian dan tekstil turut memperoleh kadar 0 peratus melalui mekanisme tariff-rate quota (TRQ).

Skema ini dijangka memberi manfaat secara langsung kepada kira-kira empat juta pekerja dan memberi impak kepada lebih 20 juta rakyat Indonesia.

Sebagai sebahagian daripada prinsip timbal balik, Indonesia turut mengenakan tarif 0 peratus ke atas beberapa produk Amerika Syarikat seperti gandum dan soya.

Dasar ini dijangka mengekalkan kestabilan harga makanan domestik, termasuk bahan mentah untuk mi, tauhu, dan tempe, sekaligus tidak menambah beban kepada pengguna.

Perjanjian ART akan mula berkuat kuasa 90 hari selepas proses undang-undang di setiap negara selesai, termasuk rundingan kerajaan Indonesia dengan DPR serta proses dalaman di Amerika Syarikat.

Sumber:KOMPAS.com