Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
premis gisbh di selangor
Kredit: Bernama

Premis GISBH Di Selangor Diarah Tutup, Aset Dirampas – MB Selangor

Azizah Najib

Premis GISBH Di Selangor Diarah Tutup, Aset Dirampas – MB Selangor

CYBERJAYA, 28 Sept (Bernama) — Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil tindakan dengan mengarahkan semua premis GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri itu ditutup serta merampas segala aset syarikat berkenaan.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata beliau sendiri akan mengumumkan pada Rabu ini jumlah keseluruhan premis termasuk rumah perlindungan dan sekolah agama berkaitan GISBH di negeri itu.

“Rumah-rumah pelindungan yang ada kaitan dengan GISBH memang kita arah tutup serta-merta termasuk sekolah agama.

“Itu memang tindakan segera yang sedang dilakukan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor dan polis. Kalau ada lagi maklumat-maklumat kita akan pergi (serbu dan tutup),” katanya.

BACA: Negara Berdepan Isu Banjir Di Kawasan Tidak Pernah Berlaku Sebelum Ini

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Rumah Idaman, Putra Idaman dan majlis pecah tanah Saujana Idaman di sini hari ini.

Sementara itu, Amirudin berkata kerajaan negeri akan membantu kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISBH dalam pelbagai aspek, terutama dalam hal berkaitan pendidikan.

“Saya juga nak tengok pada hari Isnin nanti nasib anak-anak (GISBH) yang tidak bersekolah ataupun yang ditahan oleh pihak berkuasa sekarang.

“Isunya (adalah) isu pendidikan dan masa depan mereka yang penting, kerajaan negeri akan cuba bantu nanti sebab itu keutamaan kita,” katanya.

BACA: Banjir: Dua Beranak Hilang Selepas Dihanyutkan Arus Deras Di Kuala Nerang

Sebelum ini, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan proses tindakan lanjut berkaitan isu GISBH dipercepatkan.

Amirudin sebelum ini dilapor berkata kerajaan negeri akan menguatkuasakan larangan pengoperasian premis kepada GISBH selepas memperoleh laporan penuh daripada polis dan Jawatankuasa Agama Islam negeri.

Pada 11 Sept lepas, menerusi Op Global, polis menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISBH kerana didakwa terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

Sejak Op Global bermula, lebih 300 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan dan 572 mangsa telah diselamatkan.

Sumber: Bernama

BACA: Azman Dipenjara 24 Tahun, Dua Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja Lelaki