Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Presiden Brazil Sifatkan Rancangan Trump Di Hormuz Sebagai 'Pelanunan'

TRUMP hormuz
Gambar: AFP

Presiden Brazil Sifatkan Rancangan Trump Di Hormuz Sebagai 'Pelanunan'

Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva mengkritik cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk mengambil alih kawalan Selat Hormuz dan mengenakan caj transit sebanyak 20 peratus terhadap kapal yang melalui laluan itu. Menurut beliau, langkah berkenaan tidak ubah seperti perbuatan "lanun".

Lula mengeluarkan kenyataan itu pada Isnin ketika melawat kemudahan makmal di Institut Teknologi Maua di Sao Paulo sebagai mengulas cadangan Trump yang sebelum ini dikemukakan menerusi media sosial dan temu bual televisyen.

Trump dilaporkan mencadangkan supaya AS bertindak sebagai "penjaga" Selat Hormuz dan mengenakan surcaj sebanyak 20 peratus ke atas kargo yang melalui laluan strategik tersebut atas alasan menyediakan perlindungan keselamatan.

Menurut Lula, tindakan itu tidak ubah seperti amalan lanun pada zaman dahulu.

"Dahulu, perbuatan seperti ini dipanggil lanun," katanya.

Beliau turut menyindir bahawa AS, yang selama ini dikenali sebagai negara yang memerangi kegiatan lanun, sepatutnya tidak bertukar menjadi sebuah negara yang mengamalkan perbuatan sedemikian.

Dakwa cadangan tidak demokratik dan tidak berperikemanusiaan

Lula turut menyifatkan cadangan mengenakan bayaran terhadap kapal yang menggunakan Selat Hormuz sebagai tindakan yang tidak demokratik dan tidak bertamadun.

Menurut beliau, adalah tidak wajar apabila sesuatu pihak mengambil kesempatan daripada krisis atau konflik untuk meraih keuntungan.

Bimbang kesan kepada ekonomi global

Dalam pada itu, Lula turut membangkitkan kebimbangan terhadap kesan konflik yang diterajui AS terhadap negara-negara yang tidak terbabit secara langsung.

Beliau berkata, ketegangan geopolitik dunia menyebabkan harga barangan keperluan meningkat, sekali gus memberi kesan kepada rakyat biasa.

"Harga akibat peperangan kini menjejaskan harga kacang, beras dan tomato kami," katanya.

Selat Hormuz merupakan antara laluan perkapalan paling penting di dunia, khususnya bagi penghantaran minyak dan gas.

Justeru, sebarang cadangan melibatkan kawalan atau caj tambahan di laluan tersebut berpotensi memberi kesan besar terhadap perdagangan dan ekonomi global.

Sumber:Xinhua