Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Prestasi Kumpulan FELCRA Mengukuh: FELCRA Berhad Terima Dividen RM28.1 Juta Daripada Anak Syarikat & Syarikat Bersekutu

Aina Munirah
Kredit: FELCRA

Prestasi Kumpulan FELCRA Mengukuh: FELCRA Berhad Terima Dividen RM28.1 Juta Daripada Anak Syarikat & Syarikat Bersekutu

SELANGOR, 3 Dis — FELCRA Berhad mencatat satu lagi kejayaan penting apabila menerima dividen berjumlah RM28.1 juta daripada 13 anak syarikat dan syarikat bersekutu pada Majlis Penyampaian Dividen Subsidiari & Syarikat Bersekutu FELCRA Berhad yang berlangsung, semalam.

Menurut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pencapaian ini mencerminkan prestasi kewangan kumpulan yang kukuh serta keberkesanan pelaksanaan strategi pengurusan yang digerakkan di semua peringkat.

la turut menggambarkan kedudukan kewangan FELCRA yang semakin mantap dalam usaha memperkasa agenda pembangunan luar bandar, memacu pertumbuhan ekonomi peserta dan memastikan nilai mampan terus diwujudkan kepada semua pemegang taruh.

“Saya turut menzahirkan keyakinan terhadap Kumpulan FELCRA Berhad, khususnya anak-anak syarikatnya, agar terus membina kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

“Sehubungan itu, saya telah meminta FELCRA Berhad untuk mengemukakan Pelan Strategik Perniagaan 2026-2036 pada suku pertama tahun 2026 bagi memastikan kelangsungan pertumbuhan jangka panjang, pengukuhan daya saing serta memangkin hala tuju korporat FELCRA dalam dekad mendatang.

“Pada majlis tersebut, saya turut menyaksikan penyerahan replika cek keuntungan yang dimulakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Datuk Idris bin Lasim, kepada Pengerusi FELCRA Berhad, Dato’ Sri Ahmad Jazlan bin Yaakob, sebagai simbolik kejayaan keseluruhan kumpulan. Turut berlangsung ialah penyampaian replika cek daripada 13 anak syarikat dan syarikat bersekutu FELCRA, yang menandakan prestasi positif dan sumbangan kukuh entiti-entiti ini terhadap kekuatan kewangan FELCRA secara keseluruhan.

“Saya yakin bahawa dengan semangat kerja berpasukan yang padu dan hala tuju strategik yang jelas, FELCRA Berhad akan terus menjadi kebanggaan masyarakat desa sebagai sebuah institusi yang bukan sahaja melaksanakan amanah sosial dengan penuh integriti, tetapi turut menjadi penggerak kemakmuran korporat yang berdaya saing dan berimpak tinggi,” kata beliau.

BACA: Aurzen ZIP: Projektor Poket Tri-Lipat Pertama Dunia Dilancarkan Di Malaysia