Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PRN Johor: Onn Hafiz Berdepan Saingan Satu Lawan Satu Pertahan DUN Machap

PRN Johor
Kredit: Bernama

PRN Johor: Onn Hafiz Berdepan Saingan Satu Lawan Satu Pertahan DUN Machap

SIMPANG RENGGAM, 27 Jun (Bernama) -- Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi daripada Barisan Nasional (BN) akan berdepan saingan satu lawan satu bagi mempertahankan Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Penyandang DUN itu akan ditentang oleh Nor Hafiz Roslan daripada Pakatan Harapan (PH).

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Izzul Helmi Ahmad mengumumkan perkara itu di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam, di sini, selepas proses penamaan calon ditutup sepenuhnya pada 10 pagi ini.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama calon Pakatan Harapan (PH) Nor Hafiz Roslan ketika berada di pusat penamaan calon bagi menyerahkan borang pencalonan di Dewan Muafakat, Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam hari ini.

Terdahulu, Nor Hafiz menyerahkan borang penamaan calon pada 9.03 pagi, diikuti Onn Hafiz pada 9.06 pagi.

Pada PRN lepas, Onn Hafiz menang di kerusi berkenaan dengan majoriti 6,543 undi menewaskan calon PN Azlisham Azahar, calon MUDA R. Sangaran serta calon PEJUANG Sharuddin Md Salleh.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 11 Julai dan selepas DUN dibubarkan pada 1 Jun lepas.

Bagi mendapatkan berita terkini tentang PRN Johor ke-16, sila layari https://prn.bernama.com/johor/.