Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

PRN: Kempen Politik Harus Bebas Perbuatan Cerca, Hina Orang Lain – Anwar
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan masyarakat supaya tidak terikut dan terpengaruh dengan kempen mencerca dan memaki hamun orang lain sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata bibit-bibit ke arah perjalanan kempen tanpa adab dan nilai murni sudah mula dilihat dengan beliau sendiri menjadi bahan cercaan oleh setiap pemimpin pembangkang, termasuk oleh mereka yang mendakwa mewakili parti berteraskan Islam.
Anwar berkata tindakan memaki hamun beliau atau mana-mana pimpinan parti politik dalam Kerajaan Perpaduan tidak akan memberi kesan terhadap usaha membantu rakyat dan memajukan negara sebaliknya perlakuan negatif itu akan dinilai, seterusnya dihukum rakyat dalam PRN di enam negeri pada 12 Ogos ini.
“Pilihan raya ini bukan medan untuk memaki orang tetapi medan untuk kita menerangkan mengenai perancangan ekonomi dan hal berkaitan kepentingan rakyat.
Apa yang kita nampak keadaan menjelang PRN ini mula tajam dan hangat dengan tiada lagi batas adab, nilai murni sebaliknya penuh dengan maki hamun terutamanya kepada saya selaku Perdana Menteri,” katanya ketika berucap pada majlis “Kita Hulu Klang Bersama PMX” di padang Rumah Pangsa PKNS AU2, Taman Keramat dekat sini hari ini.
BACA: PRN: 108 Calon BN Faham Aspirasi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
Sumber: Bernama