Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PRN: SU MPN Kelantan Calon Dun Tanjong Mas

PRN: SU MPN Kelantan Calon Dun Tanjong Mas
Kredit: Bernama

PRN: SU MPN Kelantan Calon Dun Tanjong Mas

KOTA BHARU, 28 Julai (Bernama) –– Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan Zinda Khalil Sastro Hassan dinamakan sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Mas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Timbalan Pengerusi MPN Kelantan Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai keputusan pimpinan pusat Pakatan Harapan (PH) berkenaan, semalam.

“Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP) telah meminta bakal calon berkenaan menyediakan dokumen yang diperlukan.

“Beliau dijangka akan menerima watikah pelantikan semasa program bersama Presiden PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di Terengganu hari ini,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan Pengerusi PH Kelantan Muhammad Husain menyerahkan kepada pimpinan pusat menentukan calon di kerusi DUN Tanjong Mas.

Ia susulan Parti Amanah Negara (Amanah) yang pada mulanya dijadual meletakkan calon di kerusi tersebut, diberi kerusi baharu iaitu DUN Kota Lama.

Pada PRN nanti, PH yang merangkumi Amanah dan PKR akan bertanding di 14 kerusi daripada 45 kerusi DUN Kelantan, manakala rakan sekutu PH iaitu Barisan Nasional (BN) pula meletakkan calon di 31 kerusi.

BACA: Ramai Alpa, Rupanya Ini Maksud, Fungsi & Cara Nak Guna Trip A & Trip B Pada Meter Kereta

Sumber: Bernama