Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PRO-NET Serah Proton e.MAS Kepada PDRM

Pro-net e.mas pdrm

PRO-NET Serah Proton e.MAS Kepada PDRM

KUALA LUMPUR, 17 September 2026 – PRO-NET, anak syarikat PROTON, pada 10 September 2026 telah menyerahkan tiga kenderaan Proton e.MAS kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyokong penilaian organisasi tersebut terhadap kebolehgunaan dan kesesuaian kenderaan elektrik untuk memenuhi pelbagai keperluan armada dan operasi.

Majlis penyerahan yang diadakan di Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman itu telah diwakili oleh Dato’ Ir. Abdul Rashid bin Musa, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, yang menyerahkan kenderaan tersebut kepada CP Datuk Redzuan bin Abd Hamid, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi PDRM.

Menyokong Usaha Penilaian PDRM terhadap Penggunaan Kenderaan Elektrik

Tiga kenderaan tersebut terdiri daripada Proton e.MAS 5 Premium, Proton e.MAS 7 Premium dan Proton e.MAS 7 PHEV Premium Plus, yang memberikan peluang kepada PDRM untuk merasai pengalaman menggunakan pelbagai jenis kenderaan elektrik serta menilai kebolehgunaannya dalam situasi sebenar. Penilaian ini meliputi aspek seperti kebolehgunaan, praktikaliti dan keperluan pengecasan, sekali gus memberikan PDRM gambaran yang lebih jelas mengenai kesesuaian kenderaan elektrik dengan keperluan operasinya. Bagi menyokong penilaian ini, Gentari turut menyediakan pengecasan secara percuma untuk ketiga-tiga kenderaan Proton e.MAS sepanjang tempoh penilaian.

Mengulas mengenai inisiatif ini, Dato’ Ir. Abdul Rashid bin Musa, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, berkata: “Penilaian bersama PDRM ini merupakan peluang yang baik untuk kami melihat sendiri bagaimana kenderaan e.MAS dapat digunakan dalam situasi sebenar, dan memberikan pengalaman yang lebih menyeluruh berbanding pandu uji biasa. Dengan tiga model iaitu e.MAS 5, e.MAS 7 dan e.MAS 7 PHEV, PDRM dapat merasai perbezaan antara setiap pilihan sistem pacuan elektrik serta menilai prestasi dan kesesuaiannya mengikut keperluan operasi mereka.”

“Kami faham bahawa peralihan kepada kenderaan elektrik, khususnya bagi sebuah organisasi yang mempunyai jumlah kenderaan yang besar, bukan hanya melibatkan kenderaan itu sendiri. Ia juga melibatkan pemahaman tentang penggunaan harian, prestasi serta keperluan pengecasan. Kami berbesar hati dapat menyokong PDRM melalui penilaian ini, yang akan memberikan gambaran lebih jelas tentang kebolehgunaan dan kesesuaian kenderaan elektrik mengikut keperluan mereka.Dengan semakin banyak agensi kerajaan meneroka penggunaan kenderaan elektrik, PRO-NET tetap komited untuk terus bekerjasama rapat dengan rakan strategik kerajaan dan menyokong usaha Malaysia ke arah ekosistem mobiliti yang lebih lestari.”

Pengalaman Sebenar untuk Pertimbangan Masa Hadapan

Bagi PDRM, penilaian ini memberikan peluang kepada para pegawainya untuk mendapatkan pengalaman secara langsung dengan pelbagai teknologi kenderaan elektrik, di samping mengumpulkan data dan maklum balas berdasarkan penggunaan kenderaan tersebut. Maklumat yang diperoleh akan membantu PDRM memahami kesesuaian teknologi EV dan PHEV dengan keperluan penggunaan kenderaannya.

Melangkah ke hadapan, kenderaan Proton e.MAS berpotensi untuk menyokong tugas operasi harian PDRM, termasuk rondaan pencegahan jenayah, tertakluk kepada hasil penilaian serta pertimbangan kerajaan pada masa hadapan.

Penilaian ini turut dilaksanakan seiring dengan peningkatan minat dalam kalangan kementerian dan agensi kerajaan untuk meneroka penggunaan kenderaan elektrik dan kenderaan berkuasa elektrik sebagai sebahagian daripada pertimbangan mobiliti pada masa hadapan. Proton e.MAS terus mendapat sambutan yang menggalakkan di Malaysia, dengan lebih 6,000 kenderaan telah didaftarkan setakat 31 Ogos 2026. Menerusi inisiatif seperti ini, PRO-NET berhasrat memberi peluang kepada agensi kerajaan untuk mendapatkan pengalaman secara langsung dengan kenderaan Proton e.MAS, di samping menyokong penilaian mereka terhadap kesesuaian mobiliti elektrik berdasarkan keperluan operasi setiap agensi.

Strengthening Malaysia’s Electrified Mobility Ecosystem

Kerjasama ini turut mengeratkan hubungan antara PRO-NET dengan PDRM, di samping memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai keperluan pengguna daripada institusi dan organisasi yang mempunyai jumlah kenderaan yang besar. Seiring dengan perkembangan penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia, penilaian ini menjadi satu platform untuk meningkatkan pemahaman tentang bagaimana teknologi EV dan PHEV dapat memenuhi pelbagai keperluan penggunaan kenderaan serta menyumbang kepada pembangunan ekosistem mobiliti elektrik negara..

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Proton e.MAS, sila layari laman sesawang Proton e.MAS dan ikuti saluran media sosial rasmi kami di Facebook (Proton e.MAS Cars), Xiaohongshu (Proton e.MAS Cars), TikTok (@protonemasofficial) dan Instagram (@protonemasofficial)