Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Program Imarah Ramadan PTPTN (Imran) Berkongsi Berkah Ramadan Bersama Pelajar
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyemarakkan semangat kebersamaan dan berkongsi rezeki bersama warga institusi pendidikan serta komuniti setempat menerusi Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) Tahun 2026.
Program dimulakan dengan perasmian yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN bertempat di Politeknik Banting, Selangor.
Turut hadir YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN, YBrs. Tuan Haji Azirin bin Abdul Aziz, Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti KPT, YBrs. Puan Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi PTPTN, YBrs. Ts. Ibrahim Burhan, Pengarah Politeknik Banting, Pengurusan PTPTN serta kakitangan dan pelajar-pelajar Politeknik Banting.
Program IMRAN merupakan program signature di bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) PTPTN yang telah dilaksanakan sejak tahun 2021.
Program ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah silaturrahim serta memperkukuh hubungan baik antara PTPTN dengan para pelajar dan institusi pendidikan.

Melalui penganjuran program ini, nilai-nilai kebersamaan, keprihatinan dan kasih sayang dapat dipupuk dalam kalangan pelajar serta tenaga pengajar secara berterusan.
Program ini berlangsung dengan skala yang lebih besar berbanding tahun sebelumnya bermula 24 Februari hingga 13 Mac 2026.
PTPTN akan menjelajah ke lima zon meliputi tujuh lokasi seluruh Malaysia iaitu Zon Tengah di Politeknik Banting danCity Universiti, Zon Utara di Politeknik Ungku Omar, Zon Timur di Politeknik Kota Bharu dan Zon Selatan di Politeknik Ibrahim Sultan.
Manakala bagi Zon Borneo pelaksanaan program ini akan diadakan di Politeknik Kota Kinabalu dan Universiti Putra Malaysia (UPM) Sarawak.
Pengerusi PTPTN, YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim berkata, “Program IMRAN bukan sahaja menyemarakkan budaya berkongsi rezeki, malah mengeratkan silaturrahim antara PTPTN dan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) serta memperkukuh persepsi positif masyarakat terhadap peranan PTPTN dalam menyantuni komuniti.

Melalui program ini, kakitangan Politeknik, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), pelajar serta kakitangan PTPTN bersama-sama bergotong-royong untuk penyediaan makanan berbuka puasa.”
“Melalui program ini juga diadakan penyampaian sara hidup melalui Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada tiga pelajar yang kurang berkemampuan.
"Untuk makluman, tiga pelajar berkenaan menerima bantuan one-off sebanyak RM500 setiap seorang yang dikreditkan terus ke akaun bank pelajar
"Selain itu, turut disampaikan Sumbangan Kit Kasih PTPTN dalam bentuk kotak makanan kepada 20 kakitangan politeknik yang memerlukan bagi meringankan keperluan harian mereka di bulan yang Mulia ini,” tambah beliau lagi.
PTPTN sentiasa prihatin terhadap kebajikan pelajar, justeru Program IMRAN akan terus dilaksanakan sebagai platform kebajikan dan jaringan kerjasama dengan institusi pendidikan bagi memberikan impak positif kepada semua pihak.
PTPTN yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan terus komited dalam meningkatkan pelaksanaan program-program CSR terutamanya dalam aspek pendidikan demi pembangunan anak bangsa selari dengan moto PTPTN, Peluang Kejayaan Anda dan tagline PTPTN Prihatin : Kami Kongsi, Kami Bantu.
