Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Program Technology Talk Convergence Metaconnect: Pioneering The Infinite Library Experience

technology talk convergence metaconnect

Program Technology Talk Convergence Metaconnect: Pioneering The Infinite Library Experience

KUALA LUMPUR, 14 November 2024 : YBrs. Puan Norihan binti Mohamed Naim, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) sebagai wakil YBhg. Datuk Seri Ketua Setiausaha KPN telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Technology Talk Convergence Metaconnect: Pioneering The Infinite Library Experience secara hibrid di Perpustakaan Negara Malaysia dan bersiaran langsung menerusi PNM TV Channel.

Program Technology Talk & Update telah dilaksanakan bermula pada tahun 2018 di peringkat jabatan dan pada tahun ini telah dilaksanakan dalam skala yang lebih besar berbanding tahun sebelumnya dan telah dijenamakan sebagai program Technology Talk Convergence.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan teknologi baharu yang boleh dimanfaatkan oleh semua perpustakaan dan pengurus maklumat di Malaysia sebagai persediaan menghadapi transisi Revolusi Industri 4.0 dan sebagai platform kepada pustakawan dan pengurus maklumat untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti selari dengan perkembangan teknologi terkini yang relevan untuk diadaptasikan di perpustakaan.

technology talk convergence metaconnect

Hari ini PNM telah mengundang dua (2) orang penceramah iaitu Ts. Adil Hidayat bin Rosli, atau lebih dikenali sebagai Pendakwah Teknologi yang berkongsi berkenaan: Teknologi Masa Depan : Mengubah Cara Kita Hidup dan Bekerja dan Ts. Dendi Permadi, Pensyarah Fakulti Kreatif Multimedia, Universiti Multimedia : Library-based Metaversed VR/AR Experience.

Kedua-dua topik ini sangat relevan dengan perkembangan teknologi masa kini yang akan mengubah cara kita hidup dan bekerja seterusnya bagaimana perpustakaan boleh menggunakan teknologi artificial intelligence (Al), robotik dan metaverse untuk mencipta pengalaman yang imersif dan interaktif dalam penyampaian perkhidmatan masa kini.

technology talk convergence metaconnect

Selain itu, Sesi Product Highlight dan Pameran Teknologi turut diadakan yang berperanan penting dalam memacu merancakkan transformasi digital di Malaysia. Beberapa rakan kolaborasi turut diundang bagi menjayakan program ini iaitu VirtualTech Frontier Sdn.Bhd., Electric Library (Malaysia) Sdn. Bhd., CD Solutions Sdn. Bhd., dan Knowledge Link Sdn. Bhd.

PNM percaya program seperti ini dilihat berupaya untuk menyediakan ruang kepada pustakawan, pengurus maklumat serta seluruh rakyat Malaysia untuk menambah jaringan perhubungan bagi menggalakkan jalinan kerjasama strategik serta perkongsian pintar merentasi sempadan dan berupaya untuk menyokong Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025 untuk mentransformasikan perkhidmatan awam menerusi pendekatan “Kerajaan Digital”.