Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Proton Juara: Lahir di Zaman Yang Salah?

Proton Juara: Lahir di Zaman Yang Salah?

Kebelakangan ini, banyak juga SK nampak atas jalan model Honda NBox dan reka bentuknya ingatkan SK kepada Proton Juara.

Proton Juara dilancarkan pada 22 Julai 2001 dan ia percubaan pertama Proton untuk masuk ke pasaran mikrovan atau MPV mini.

Kerjasama Dengan Mitsubishi

Proton Juara adalah model asas dari Mitsubishi Town Box yang juga sebuah kenderaan Kei-Car di Jepun.

Proton Juara menggunakan enjin 1.1L, 4-silinder EFI SOHC dan ia berbeza dengan versi Mitsubishi.

Model unik ini jugak menggunakan transmisi automatik 4-kelajuan, tambah uniknya ia menggunakan pacuan roda belakang.

Proton Juara Hadir Di Zaman Yang Salah?

Rekaan Proton Juara yang bentuk berkotak (boxy) banyak menerima kritikan pada waktu itu, adakah ia muncul di zaman yang salah?

Proton Juara menggunakan pintu belakang jenis sliding door di kedua-dua belah sisi.

Susunan tempat duduk juga sangat fleksibel dan boleh dilipat untuk optimumkan ruang kargo.

Hanya Bertahan 3 Tahun Sahaja

Proton tidak sangka, Malaysia belum bersedia untuk menerima rekaan mini MPV berkotak walaupun dijual dengan harga berpatutan.

Ia dijual hanya pada harga RM46,000 hingga RM49,000 dan jika dikira nilainya selepas inflasi tahun ini sekitar RM75,000 sahaja.

Proton sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Selepas 3 tahun, Proton Juara dihentikan pengeluarannya secara rasmi.

Sudah Tiada Baru Tercari-cari

Begitulah lumrah dunia, bila ada depan mata tak dipeduli, bila dah tiada baru sibuk tercari-cari.

Beberapa tahun selepas pengeluaran dihentikan, Proton Juara tiba-tiba kembali menambat hati peminat di Malaysia.

Sehingga hari ini, Proton Juara digelar sebagai Cult Classic dan sangat-sangat dicari di pasaran kereta terpakai.

Tambahan pula, trend campervan yang semakin popular ketika ini menambah lagi populariti Proton Juara.

Geely takda ke model mini boxy macam Proto Juara ni?