Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PROTON Perkenal PROTON S70 i-GT 1.5 2026 Di Sabah, Bawa Ciri Terunggul Dalam Kelasnya Ke Malaysia Timur

PROTON pada 3 Oktober lepas telah memperkenalkan 2026 PROTON S70 i-GT 1.5 kepada pasaran Sabah, menandakan pengenalan model ini di Malaysia Timur selepas pelancaran rasminya di Semenanjung Malaysia pada 22 September 2026.

Berlangsung di City Mall, Kota Kinabalu, pengenalan ini merupakan sebahagian daripada roadshow selama tiga hari dari 2 hingga 4 Oktober 2026, yang membawa varian terbaharu keluarga S70 lebih dekat kepada pelanggan, media dan komuniti Sabah.

Sabah: Pasaran PROTON yang Terus Berkembang

Sabah terus menjadi pasaran penting bagi PROTON, dengan jenama ini mencatatkan pertumbuhan kukuh di negeri tersebut. Sejak 2018, jumlah jualan PROTON di Sabah telah meningkat daripada 3,427 unit kepada 10,499 unit pada 2026, mewakili peningkatan sebanyak 206.4%, manakala bahagian pasaran meningkat daripada 5% kepada 10%.

Pertumbuhan ini mencerminkan peningkatan keyakinan pelanggan Sabah terhadap PROTON, di samping mengukuhkan tanggungjawab jenama untuk terus memperkukuh kehadiran dan sokongan kepada pelanggan di negeri ini.

“Sabah terus menjadi pasaran penting bagi PROTON, dan kami berbesar hati untuk membawa 2026 PROTON S70 i-GT 1.5 lebih dekat kepada komuniti Sabah. Seiring dengan pertumbuhan jumlah pelanggan kami, kami turut memperkukuh rangkaian, tenaga kerja dan keupayaan selepas jualan yang menyokong pengalaman pemilikan pelanggan.

“Pengenalan ini memberi peluang kepada pelanggan di Sabah untuk merasai sendiri 2026 PROTON S70 i-GT 1.5, di samping mengukuhkan komitmen PROTON untuk terus mendekati komuniti yang kami berikan perkhidmatan,” kata Dato’ Ir Abdul Rashid Musa, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON.

Membawa PROTON Lebih Dekat kepada Komuniti Sabah

Seiring dengan perkembangan kehadiran PROTON di Sabah, syarikat terus melabur dalam infrastruktur dan keupayaan yang diperlukan bagi menyokong pelanggan sepanjang tempoh pemilikan mereka.

Pada masa ini, PROTON mempunyai 12 pusat servis sah di seluruh Sabah, disokong oleh penasihat servis dan juruteknik terlatih serta alat ganti tulen PROTON. Ini turut dilengkapi dengan PROTON Regional Parts Centre di Inanam, Kota Kinabalu, yang memperkukuh ketersediaan alat ganti di seluruh negeri dan direka untuk mengurangkan tempoh menunggu alat ganti sehingga 30%.

Pelaburan ini mencerminkan pendekatan PROTON di Sabah – membawa jenama lebih dekat kepada komuniti melalui akses yang lebih mudah, sokongan selepas jualan yang lebih kukuh serta ketersediaan alat ganti yang lebih baik.

Menerusi Komitmen Selepas Jualan Lebih Pantas dan Lebih Baik, PROTON terus memperkukuh kecekapan perkhidmatan dan sokongan pelanggan, di samping membangunkan keupayaan tenaga kerjanya bagi memberikan pengalaman pemilikan yang lebih konsisten.

Direka untuk Keselesaan, Kemudahan dan Keselamatan Harian

2026 PROTON S70 i-GT 1.5 merupakan sedan terunggul dalam kelasnya bagi segmen harga bernula dari RM58,800 di Malaysia Timur, menggabungkan ruang kabin yang luas, kemudahan harian serta ciri keselamatan dalam satu pakej yang direka untuk memenuhi keperluan pemandu moden.

Model ini ditawarkan dalam varian Lite dan Prime, serta dikuasakan oleh enjin i-GT 1.5 liter aspirasi semula jadi yang dipadankan dengan CVT bersama torque converter, memberikan pengalaman pemanduan yang lancar untuk kegunaan harian sambil mengekalkan ciri PROTON Ride & Handling serta tiga mod pemanduan boleh pilih.

2026 PROTON S70 i-GT 1.5 menawarkan 10 ciri terunggul dalam kelasnya merangkumi aspek ruang dan keselesaan, kemudahan dan ketersambungan, serta keselamatan.

Dari aspek ruang dan keselesaan, 2026 PROTON S70 i-GT 1.5 menawarkan panjang badan dan jarak roda yang terunggul dalam kelasnya, selain menampilkan badan yang paling lebar. Ini memberikan ruang kabin yang luas, termasuk ruang untuk tiga penumpang di tempat duduk belakang serta lantai belakang yang hampir rata.

Kedua-dua varian Lite dan Prime turut dilengkapi panel instrumen kemasan lembut yang luas sebagai kelengkapan standard.

Dari segi kemudahan dan ketersambungan, 2026 PROTON S70 i-GT 1.5 dilengkapi Electric Parking Brake dengan Auto Brake Hold, Key Remote Engine Start serta fungsi Auto Up/Down dengan Anti-Trap untuk semua tingkap. Apple CarPlay© dan Android AutoTM tanpa wayar juga tersedia untuk kedua-dua varian mulai Oktober 2026.

Bagi keselamatan, 2026 PROTON S70 i-GT 1.5 dilengkapi Rear Side Radar System, lima fungsi yang merangkumi Blind Spot Detection, Lane Change Assist, Rear Cross Traffic Alert, Door Opening Warning dan Rear Collision Warning. Reverse Camera dan Rear Seat Reminder turut menjadi kelengkapan standard bagi kedua-dua varian Lite dan Prime.

Diuji Secara Menyeluruh untuk Jalan Raya Malaysia

Rangkaian kuasa aspirasi semula jadi 2026 PROTON S70 i-GT 1.5 telah melalui program pengesahan yang menyeluruh, dengan lebih daripada 5,400 jam ujian dynamometer dan lebih 412,000 kilometer ujian jalan raya bagi menyokong tahap ketahanan, kebolehpercayaan dan kehalusannya untuk pemanduan harian.

2026 PROTON S70 i-GT 1.5 turut mengekalkan fokus PROTON terhadap dinamik pemanduan dengan menggabungkan enjin aspirasi semula jadi bersama CVT dan torque converter, serta menawarkan tiga mod pemanduan boleh pilih.

Sambutan Menggalakkan daripada Pasaran

2026 PROTON S70 i-GT 1.5 turut menerima sambutan menggalakkan daripada pasaran sejak tempahan dibuka pada 7 September 2026.

Dalam tempoh 14 hari pertama, varian baharu S70 Lite dan Prime telah menerima lebih daripada 10,000 tempahan, bersamaan purata kira-kira satu tempahan setiap dua minit.

Pengenalan di Malaysia Timur di Sabah kini memberi peluang kepada pelanggan di negeri ini untuk merasai sendiri pengalaman memandu 2026 PROTON S70 i-GT 1.5, meneroka ciri-cirinya serta mendapatkan penerangan secara terus daripada penasihat jualan PROTON.

Rasai Sendiri 2026 PROTON S70 i-GT 1.5 di City Mall

2026 PROTON S70 i-GT 1.5 kini dipamerkan di City Mall, Kota Kinabalu, sebagai sebahagian daripada acara tiga hari yang berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2026. Orang ramai dialu-alukan untuk berkunjung dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari.

Pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat 2026 PROTON S70 i-GT 1.5, berinteraksi dengan penasihat jualan PROTON serta mendaftar untuk pandu uji, tertakluk kepada slot yang tersedia.

Acara ini turut menampilkan aktiviti interaksi pelanggan termasuk Follow, Share & Reward serta Test Drive & Reward, di mana peserta yang layak berpeluang menerima hadiah kejutan setelah melengkapkan dan memenuhi pengesahan langkah-langkah yang ditetapkan, tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut mengenai 2026 PROTON S70 i-GT 1.5, pelanggan boleh mengunjungi cawangan PROTON terdekat atau berinteraksi dengan penasihat jualan PROTON di acara tersebut.

Intipati
  • PROTON memperkenalkan 2026 S70 i-GT 1.5 di Sabah menerusi roadshow Kota Kinabalu.
  • Model itu hadir dalam varian Lite dan Prime, berharga bermula RM58,800 di Malaysia Timur.
  • PROTON mempunyai 12 pusat servis sah di Sabah bagi menyokong pelanggan selepas jualan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan