Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
PROTON

PROTON S70 2026, Definisi Sedan Sportif Era Baharu

Syamimi

PROTON S70 2026, Definisi Sedan Sportif Era Baharu

PROTON melancarkan 2026 PROTON S70, evolusi terbaharu sedan sportif yang direka untuk memenuhi jangkaan golongan profesional muda dan keluarga yang sedang melangkah ke fasa kehidupan baharu.

Dipimpin oleh falsafah “Intelligence that Evolves”, S70 diperbaharui ini menumpukan kepada perkara yang paling penting bagi pelanggan masa kini yang mementingkan nilai dengan menawarkan pengalaman pemilikan yang lebih halus, yakin dan tanpa kebimbangan. 

Diposisikan sebagai Sedan Sportif Malaysia, 2026 PROTON S70 menampilkan imej yang lebih halus namun dinamik, menggabungkan elemen reka bentuk sportif, keyakinan pemanduan berorientasikan prestasi, teknologi canggih serta ciri terunggul dalam kelasnya yang lazimnya terdapat pada model segmen lebih tinggi, pada harga yang lebih mampu milik. 

Sejak diperkenalkan, PROTON S70 telah mencatat penerimaan pasaran yang kukuh dengan lebih 38,000 unit terjual sejak pelancarannya, menarik minat pembeli kereta pertama serta pemilik yang ingin menukar kenderaan, dengan pangkalan pelanggan yang luas dan tarikan yang kuat dalam kalangan demografi lebih muda.

Kemas kini 2026 ini mencerminkan komitmen PROTON terhadap penambahbaikan berterusan, dengan peningkatan bermakna dari segi prestasi, ketersambungan, gaya dan keselamatan bagi memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah.

Prestasi Dipertingkatkan dengan Sistem Pacuan Terunggul dalam Kelas

2026 PROTON S70 dikuasakan oleh enjin i-GT 1.5 liter empat silinder turbo yang dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan Dual Clutch Transmission (DCT). Menghasilkan 181 PS dan 290 Nm tork, ia memberikan pecutan yang kuat dan responsif, mencapai 0–100 km/j dalam hanya 7.5 saat, sambil mengekalkan kecekapan bahan api mengagumkan pada 5.7L/100km.

Pelarasan sistem pacuan yang dipertingkatkan memastikan penukaran gear lebih lancar, prestasi lebih yakin serta kos operasi lebih rendah, menawarkan keseimbangan terbaik antara kuasa, kecekapan dan keselesaan harian dalam kelasnya.

Dibangunkan bersama rakan global PROTON, Geely, sistem pacuan canggih ini menggabungkan teknologi turbo inersia rendah, pengurangan geseran dan getaran, serta ujian ketahanan menyeluruh bagi memastikan prestasi, kebolehpercayaan, kecekapan bahan api dan tahap Bunyi, Getaran & Kekasaran (NVH) yang lebih baik.

Talaan ride and handling dalaman PROTON, perisian Electronic Stability Control (ESC) yang dipertingkatkan serta mod pemanduan boleh pilih turut menyumbang kepada pengalaman pemanduan yang stabil, seimbang dan menyeronokkan sama ada di bandar mahupun lebuh raya.

Gaya Dipertingkatkan dengan Kehadiran Sportif dan Premium

2026 PROTON S70 menampilkan gaya luaran yang diperbaharui bagi mengukuhkan tarikan sportif dan premium. Antara kemas kini termasuk rekaan Lampu Hadapan baharu, Rim Aloi 17 inci baharu, Lampu Belakang LED Bar Penuh dengan efek pencahayaan berirama, serta Aerokit baharu yang ditawarkan sebagai standard untuk varian tertinggi.

Di bahagian dalam, kabin menampilkan tema dalaman hitam moden dengan material yang diperhalusi, suis tingkap beriluminasi dengan kemasan perak, serta sentuhan rekaan yang lebih dinamik dan berorientasikan prestasi. Susun atur yang luas, ergonomik yang dioptimumkan dan proporsi badan yang lebar memastikan keselesaan untuk perjalanan harian mahupun perjalanan jauh.

Ketersambungan Pintar untuk Gaya Hidup Digital Masa Kini

Ketersambungan menjadi sorotan utama 2026 PROTON S70, menawarkan salah satu pengalaman digital paling menyeluruh dalam kelasnya. 12.3 inci unit infotainmen terapung dengan resolusi Full HD kini menyokong Apple CarPlay® dan Android Auto™ tanpa wayar, membolehkan integrasi telefon pintar yang lancar tanpa kabel.

Sistem ini dilengkapi system arahan suara “Hi PROTON”, membolehkan kawalan bebas tangan bagi navigasi, media, penyaman udara dan tetapan kenderaan. Dengan lima port USB (termasuk Type-C), pengecas tanpa wayar serta sambungan data dalam kereta, S70 memastikan semua penumpang kekal terhubung, terhibur dan produktif sepanjang perjalanan.

Keselamatan dengan ADAS Tahap 2

Keselamatan kekal sebagai keutamaan PROTON. 2026 PROTON S70 dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2 yang merangkumi 13 ciri keselamatan pintar. Ini termasuk Autonomous Emergency Braking (AEB), Adaptive dan Intelligent Cruise Control (ACC & ICC), Lane Keep Assist (LKA), Lane Change Assist (LCA), Rear Cross Traffic Alert (RCTA) dan Intelligent High Beam Control (IHBC), dan ciri-ciri lain.

Termasuk ciri keselamatan tambahan seperti kamera 360 darjah beresolusi tinggi dengan paparan 3D, Tyre Pressure Monitoring System (TPMS) serta rangkaian sistem keselamatan pasif yang menyeluruh memberikan tahap kesedaran dan keyakinan lebih tinggi dalam pemanduan harian, menjadikan S70 sangat sesuai untuk yang berkeluarga.

Direka untuk Nilai, Keyakinan dan Pemilikan Harian

2026 PROTON S70 direka untuk memberikan nilai tinggi tanpa kompromi. Dengan enjin turbo yang cekap, rantai pemasaan tahan lama, tahap NVH yang lebih rendah serta ciri keselamatan dan ketersambungan yang menyeluruh, S70 menawarkan kos pemilikan jangka panjang yang lebih rendah sambil mengekalkan tarikan premium.

Disokong oleh rangkaian selepas jualan PROTON di seluruh negara, pelanggan dapat menikmati ketenangan minda sepanjang tempoh pemilikan, dengan ketersediaan alat ganti, juruteknik terlatih serta kadar piawaian perkhidmatan yang dipertingkatkan.

“2026 PROTON S70 mewakili tafsiran kami tentang sebuah Sedan Sportif Malaysia untuk pembeli muda yang sedang melangkah ke fasa kehidupan baharu,” kata Dato’ Abdul Rashid Musa, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON. “Dengan peningkatan bermakna dari segi prestasi, ketersambungan dan gaya, S70 menawarkan kepintaran yang berkembang bersama pelanggan kami untuk memberikan keyakinan, nilai dan keseronokan setiap hari.”

Varian dan Ketersediaan

2026 PROTON S70 ditawarkan dalam empat varian iaitu Executive, Premium, Flagship dan Flagship X dimana setiap satu direka untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup pelanggan yang berbeza. Melengkapkan karakter sportif dan premium, model ini hadir dalam pilihan warna luaran yang diperbaharui termasuk Quartz Black, Marine Blue, Space Grey, Snow White, Armour Silver, serta warna baharu Ruby Red.

Setiap pembelian 2026 PROTON S70 didatangkan dengan Pakej Standard komprehensif yang direka untuk memberikan keyakinan dan ketersambungan sejak hari pertama. Ini termasuk Pro-Warranty* dengan jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan serta enam kali servis buruh percuma, bersama Pro-Connect* yang menawarkan pakej data 5 tahun dengan 2GB sebulan bagi memastikan akses lancar kepada ciri ketersambungan sepanjang tempoh pemilikan.

Pro-Finance* yang menawarkan pilihan pembiayaan sehingga 9 tahun dengan kadar faedah bermula dari 2.25% setahun; serta Pro-Xchange* yang memberikan sokongan RM4,000 untuk pelupusan kenderaan tukar beli yang tidak lagi layak digunakan di jalan raya.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman pemilikan, PROTON menawarkan Pakej Pelancaran Khas kepada 2,000 pelanggan pertama yang mendaftarkan 2026 PROTON S70 sebelum 31 Mac 2026. Pakej ini merangkumi rebat sebanyak RM5,000 bersama tawaran menarik lain bagi meningkatkan nilai pemilikan keseluruhan. Antara manfaatnya ialah Pro-Trade-In* yang menawarkan sokongan tukar beli sehingga RM2,000. 

Pelanggan juga boleh memilih Program Insurans PROTON, Pro-Shield*, yang menyediakan perlindungan dipertingkatkan termasuk perlindungan bencana khas, bantuan banjir sehingga RM2,000 serta perlindungan kemalangan diri penumpang sehingga RM15,000 seorang untuk maksimum empat penumpang.

Ini melengkapi manfaat insurans sedia ada seperti pengecualian kebaikan sehingga 10 tahun, perlindungan nilai dipersetujui, perlindungan semua pemandu, penggantian kunci, perlindungan kemalangan diri pemegang polisi dan bantuan tepi jalan 24 jam.

Sebagai sebahagian usaha berterusan PROTON untuk meningkatkan pengalaman pemilikan, syarikat turut memperkukuh sokongan selepas jualan dan standard perkhidmatan.

Untuk 2026 PROTON S70, Fast Service* tersedia bagi penyelenggaraan asas berjadual, dan membolehkan pelanggan yang membuat tempahan awal dan menunggu di lokasi, akan menikmati servis yang cekap dengan masa menunggu yang singkat.

Selain itu, PROTON turut memperkenalkan 1-Day Service Delivery*, memastikan kenderaan disiapkan dalam tempoh 24 jam sama ada pelanggan datang terus atau membuat janji temu lebih awal. Sekiranya pembaikan memerlukan lebih daripada tiga hari bekerja*, pusat servis PROTON akan menyediakan kereta gantian serta satu servis percuma sekali sahaja termasuk alat ganti dan buruh. Inisiatif ini direka untuk meminimumkan kesulitan dan menegaskan komitmen PROTON dalam memberikan ketenangan minda sepanjang tempoh pemilikan.

**Pendaftaran sebelum 31 Mac 2026 untuk 2,000 pelanggan pertama

Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, pelanggan digalakkan mengunjungi mana-mana cawangan sah PROTON di seluruh negara atau mengikuti Proton Cars Official di semua platform media sosial utama untuk kemas kini terkini.

*Tertakluk kepada terma dan syarat