Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Proton Tiara: Kisah 4 Tahun Penuh Suka Duka

proton tiara 4 tahun

Proton Tiara: Kisah 4 Tahun Penuh Suka Duka

Gen Z mungkin tak pernah dengar nama Proton Tiara yang pernah menjadi antara kereta paling unik dalam barisan Proton.

Mari kita imbas kembali sejarah Proton Tiara yang asal-usulnya sama dengan Kylian Mbappe iaitu dari negara Perancis.

Proton Tiara mula dipasarkan di Malaysia bermula pada tahun 1996 dan menamatkan jualannya di negara ini pada tahun 2000.

Kenapa Citroen AX?

Proton Tiara diambil atau dijenamakan semula dari sebuah kereta jenama Citroen iaitu Citroen AX yang menjadi salah satu model popular di Perancis.

Matlamat Proton rebadge Citroen AX sebagai Proton Tiara untuk bersaing dengan Perodua Kancil yang mendominasi segmen kereta kompak pada waktu itu.

Proton Tiara Ada Istimewanya

Antara sebab Proton memilih Citroen AX juga kerana paltform kereta kompak yang sudah terbukti laris di pasaran serta mahu menjimatkan kos pembangunan kereta baharu.

Walaupun tempoh pasaran Proton Tiara 4 tahun sahaja, ia tidak terlepas dari menjadi mangsa kritikan namun sebahagian besar peminatnya tak menafikan Proton Tiara ada keistimewaannya.

Antara keistimewaan yang menjadi buah mulut peminatnya adalah Proton Tiara menawarkan pengalaman handling yang mantap dan stabil. Ia juga sifat tipikal kereta eropah.

Sistem suspensinya juga dipuji peminatnya kerana memberikan nikmat pemanduan yang selesa untuk sebuah kereta bersaiz kecil.

Kenapa Ia Gagal di Malaysia?

Antara punca utama tempoh pasarannya terlalu singkat di Malaysia adalah masalah alat ganti, isu teknikal dan gagal bersaing dengan kereta identiti Jepun.

Masalah alat ganti menjadi punca utama kegagalan Proton Tiara kerana alat ganti yang datang dari Eropah harganya mahal dan sukar untuk didapati di pasaran Malaysia.

Untuk isu teknikal pula, pemilik sering merungut tentang maslaah sistem gear dan kualiti komponen elektronik yang tidak tahan lasak dengan iklim tropika Malaysia yang panas dan lembap

Persaingan dengan Perodua Kancil juga menjadi faktor kegagalan kerana rakyat Malaysia lebih mempercayai kereta dari Jepun yang sudah terbukti tahan lasak dan senang diselenggara.

Walaupun hanya empat tahun, Proton Tiara kekal menjadi lipatan sejarah buat Proton jenama kesayangan negara.

BACA JUGA!