Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PRU Awal: Kerajaan Kekal Fokus Pulih Ekonomi, Kesejahteraan Rakyat - PM Anwar

PRU AWAL
Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Cadangan supaya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal akan diteliti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pada masa ini, kerajaan memberi keutamaan kepada usaha memulihkan ekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Perdana Menteri berkata kerajaan Persekutuan kekal stabil dan mempunyai mandat untuk terus mentadbir serta mengurus negara dengan baik.

“Saya sendiri pun hadapi beberapa tekanan, cadangan tetapi saya ambil keputusan sebagaimana yang saya sampaikan kepada mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu. Kita dapat mandat mentadbir, mengurus dengan baik, bersihkan negara daripada amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” kata beliau.

Anwar berkata kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Indah, Ampang Jaya, di sini hari ini.

Beliau berkata usaha membersihkan negara daripada rasuah dan salah guna kuasa tidak berasaskan kaum atau bertujuan mempertahankan kedudukan mana-mana pihak.

“Masyarakat Melayu, Cina, India, dari Sabah atau Sarawak, ini bukan soal kaum, ini soal selamatkan negara. Bukan nak selamatkan kedudukan, bukan selamatkan kumpulan.

“Walaupun saya hadapi risiko atau tekanan, insya-Allah saya minta rakyat doa, kita dapat teruskan dan bersihkan negara ini,” kata beliau.

Intipati
  • Anwar berkata cadangan mengadakan PRU16 lebih awal akan diteliti oleh kerajaan.
  • Kerajaan kini mengutamakan pemulihan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan pembanterasan rasuah.
  • Beliau menegaskan kerajaan Persekutuan kekal stabil serta mempunyai mandat mentadbir negara.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan