Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas Urusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka Ke-16 pada 7 Okt ini susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 23 Sept lepas.
PRU DUN Melaka Ke-16
SPR dalam kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan mesyuarat khas itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR Dato' Sri Ramlan Dato' Harun bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN Melaka Ke-16.
“Antara perkara yang akan dibincangkan ialah tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan serta persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya tersebut,” menurut kenyataan itu.
Menurut SPR, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas berkenaan selesai.

