Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Puluhan Ribu Berhimpun Di Tel Aviv
Kredit: AFP

Puluhan Ribu Berhimpun Di Tel Aviv, Desak Tamat Perang Gaza

Athirah

Puluhan Ribu Berhimpun Di Tel Aviv, Desak Tamat Perang Gaza

Puluhan ribu penunjuk perasaan dilapor berhimpun di Tel Aviv bagi menuntut penamatan perang di Gaza serta pembebasan tebusan, menjadikannya antara demonstrasi terbesar di Israel sejak tercetusnya peperangan pada Oktober 2023.

Menurut AFP, perhimpunan itu merupakan kemuncak kepada bantahan di seluruh negara dan mogok umum yang bertujuan menekan kerajaan Israel supaya menghentikan kempen ketenteraan.

“Bawa mereka semua pulang! Hentikan Perang!” merupakan slogan laungan daripada orang ramai yang membanjiri ‘Dataran Tebusan’ di plaza Tel Aviv.

Forum Keluarga Tebusan dan Orang Hilang yang merupakan penganjur bantahan itu mengganggarkan kira-kira 500,000 orang menyertai perhimpunan. Bagaimanapun angka sebenar belum disahkan oleh pihak polis.

AFP melaporkan ibu kepada salah seorang tebusan, Matan Zangauker, yang juga tokoh utama bagi gerakan berkenaan, Einav Zangauker turut menuntut perjanjian menyeluruh yang boleh dicapai bagi menamatkan perang.

“Kerajaan Israel telah menjadikan perang yang adil kepada perang yang sia-sia,” katanya kepada orang ramai.

60 rakyat Palestin maut ditembak tentera Israel

Media tempatan turut menyiarkan rakaman video Matan pada Ahad dan menunjukkan tebusan terbabit dalam keadaan lemah dan susut berat badan.

Menurut keluarga itu, tentera Israel di Gaza telah menemui video yang dirakam oleh Hamas memaparkan beliau menyampaikan mesej rindu kepada ahli keluarganya.

Protes itu berlangsung lebih seminggu selepas kementerian keselamatan Israel meluluskan rancangan untuk menawan Bandar Gaza. Ia berlaku selepas 22 bulan perang yang mencetuskan krisis kemanusiaan teruk di wilayah Palestin itu.

Menurut AFP, kumpulan kempen Forum Keluarga Tebusan dan Orang Hilang turut berikrar akan melumpuhkan negara mereka, sekaligus memastikan semua tebusan dibawa pulang dan perang dapat ditamatkan pada Ahad.

Pihak penguatkuasa memberitahu kira-kira 30 penunjuk perasaan telah ditahan selepas mereka didakwa menyekat laluan utama, membakar tayar kenderaan dan melakukan kekerasan terhadap anggota polis.

Lain daripada itu, agensi pertahanan awam Gaza memaklumkan tembakan yang dilepaskan tentera Israel pada Ahad telah mengorbankan lebih 60 penduduk Palestin.

Manakala sekurang-kurangnya 37 orang yang sedang menunggu bantuan makanan di dua lokasi turut terkorban.

BACA: Mesir Tolak Penempatan Semula Rakyat Palestin

Sumber: AFP