Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
mesir tolak penempatan palestin
Kredit: AFP

Mesir Tolak Penempatan Semula Rakyat Palestin

Athirah

Mesir Tolak Penempatan Semula Rakyat Palestin

KAHERAH, 18 Ogos (Bernama-WAFA) — Mesir menegaskan pendirian tegasnya menolak sebarang usaha penempatan semula rakyat Palestin dan menggesa negara-negara lain agar tidak terlibat dalam jenayah keji itu.

Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan berkata pihaknya “amat prihatin” terhadap laporan mengenai rundingan Israel dengan beberapa negara bagi menerima penempatan rakyat Palestin dari Semenanjung Gaza ke wilayah mereka, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

“Langkah ini adalah sebahagian daripada dasar Israel yang tidak boleh diterima, bertujuan mengosongkan tanah Palestin daripada penduduk asalnya, mendudukinya, serta menghapuskan perjuangan Palestin,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu menjelaskan bahawa melalui hubungan diplomatik dengan negara-negara yang dilaporkan bersetuju menerima rakyat Palestin, Mesir telah menyatakan penolakan terhadap rancangan yang dianggap tercela itu.

Mesir sekali lagi menegaskan penolakannya terhadap sebarang rancangan Israel untuk memindahkan rakyat Palestin dari tanah mereka, sama ada di Semenanjung Gaza atau Tebing Barat dengan apa jua alasan, helah atau label sama ada penempatan itu dilakukan secara paksa atau atas nama “sukarela” melalui dasar kelaparan, rampasan tanah, penempatan haram dan menjadikan kehidupan mustahil di bumi Palestin.

Mesir juga menegaskan bahawa ia tidak akan menerima atau terlibat dalam penempatan semula kerana ia merupakan ketidakadilan sejarah yang tidak mempunyai sebarang alasan moral mahupun undang-undang.

Malah, ia akan membawa kepada penghapusan perjuangan Palestin.

Mesir turut menyeru semua negara yang cintakan keamanan agar tidak terlibat dalam jenayah itu yang jelas bercanggah dengan prinsip undang-undang kemanusiaan antarabangsa, merupakan jenayah perang serta pembersihan etnik, selain melanggar empat Konvensyen Geneva.

Kaherah turut memberi amaran bahawa tanggungjawab sejarah dan undang-undang akan dipikul oleh mana-mana pihak yang terlibat dalam jenayah keji itu, selain implikasi politik dan kesannya di peringkat serantau dan antarabangsa.

BACA: Pelakon Filem Superman, Terence Stamp Meninggal Dunia
BACA: Konsert “Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba In Concert” Bakal Diadakan Di Malaysia September Ini
BACA: Insentif Khas Akan Diberi Kepada SMK Dr. Burhanuddin Jika Catat Sifar Buli – Fadhlina

Sumber: Bernama