Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

PUMA membawa H-Street ke tahap seterusnya dengan pelancaran PUMA House pertama di Asia Tenggara di Siam Square, Bangkok. Acara ini berlangsung dari 13 hingga 15 Mac, menampilkan pengalaman gaya hidup imersif berinspirasikan konsep kreatif global PUMA, Suburban Surreality, yang menggabungkan unsur kehidupan pinggir bandar dengan elemen moden dan futuristik.
Acara pelancaran pada 12 Mac memperkenalkan lima Brand Ambassador baharu PUMA Asia Tenggara, termasuk Aedy Ashraf mewakili Malaysia, serta duta dari Singapura, Indonesia, Filipina, Vietnam, dan Thailand (Win Metawin). Aedy mencuri tumpuan di catwalk, menonjolkan semangat berani H-Street di hadapan media dan tetamu serantau. Turut hadir pelakon dan kreator tempatan seperti ALVN, Sara Muzam, Bennlqb, dan Candy Teoh, yang menikmati pengalaman interaktif dan melihat koleksi H-Street secara eksklusif.

Koleksi H-Street diinspirasikan daripada Harambee, spike trek ikonik PUMA dari awal 2000-an, kini diolah untuk gaya jalanan. Sneaker ini menampilkan silhouette rendah, upper mesh ringan, dan warna ekspresif gabungan gaya dan prestasi, sesuai untuk mereka yang ingin menonjolkan diri secara berani.
Gabriel Yap, Senior Director Marketing, PUMA Southeast Asia, berkata:
"H-Street bukan sekadar sneaker, ia tentang budaya, komuniti, dan ekspresi diri yang relevan dengan generasi muda di Asia Tenggara. Bangkok adalah lokasi sempurna untuk PUMA House pertama di rantau ini."
Koleksi H-Street kini boleh didapati di Malaysia, dengan harga antara RM399 hingga RM429, di kedai terpilih PUMA, Solewhat, JD Sports, dan online di PUMA.com.