Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Thesis merupakan fasa penting untuk para pelajar mempraktikkan ilmu yang dipelajari bagi memahami suatu pengetahuan dengan lebih mendalam.
Antara metodologi kajian ialah melalui soal selidik, temubual, pemerhatian, eksperimen dan kajian kes. Tidak kira apa cara yang digunakan, etika penyelidikan mestilah dipatuhi antaranya kejujuran, integriti, tanggungjawab sosial serta perlindungan ke atas subjek manusia dengan melindungi mereka daripada segala kesan buruk.
Walaubagaimanapun, seorang individu yang mengaku sebagai pelajar jurusan Syariah telah berkongsi ‘hasil kajiannya’ melalui laman Luahan Orang Bujang, membuatkan golongan isteri-isteri di luar sana berang disebabkan cara kajiannya yang didakwa boleh merosakkan rumah tangga orang.
Berikut adalah perkongsiannya.
Salam min. Saya merupakan pelajar jurusan Syariah . Sekarang ini, saya sedang bercinta dengan beberapa orang suami untuk dijadikan sebagai “unknown respondents” untuk kajian saya. Kajian saya adalah berkaitan kecurangan suami dalam rumah tangga.
Kebanyakan suami yang saya pilih adalah merupakan pekerja makan gaji di sekitar Kuala Lumpur etc. pegawai askar, bomba, penguatkuasa, akauntan dan lain-lain. Cara kerja saya adalah bercinta selama seminggu dan keluar bersama sebanyak dua kali.
80% dari responden saya ini mula jatuh cinta dengan saya dan mengajak saya untuk berkahwin walaupun tempoh perkenalan hanya seminggu.
Ada yang sanggup beli telefon dan kad sim baru semata-mata untuk menghubungi saya. Ramai yang mengadu ingin dibelai dan inginkan kasih sayang. Secara keseluruhannya, apa yang dapat saya simpulkan tentang punca kecurangan responden saya ini ialah;
Isteri terlalu sibuk dengan media sosial sehingga lupakan suami.
Isteri sudah tidak kelihatan cantik dan tidak terurus.
Isteri tidak mahu melayan nafsu batin suami.
Isteri sudah tidak hormat pada suami, bercakap dirumah pun “aku kau”.
Perempuan di luar yang lebih menggoda.
Jadi, saya ingin ajukan soalan terbuka kepada pihak suami. Apa sebenarnya yang suami inginkan dari seorang isteri? Layanan setiap hari? Kelihatan cantik setiap saat? Zuhud dan lupakan media sosial?
Dan khilaf saya, terjatuh cinta dengan salah seorang responden saya, penguatkuasa JPJ di UTC. Maaf akak, saya dah mula sayang suami akak.
Luahan individu ini membuatkan netizen yang rata-rata golongan isteri berasa tidak senang duduk dengan pengakuannya yang disifatkan tidak menepati etika dan tidak patut dilakukan atas nama kajian.







Sumber: Luahan Orang Bujang