Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pusat Beli Belah 1 Utama Di PJ Akan Ditutup Seminggu Berkuatkuasa 12 Oktober – Ismail Sabri

Gambar: Bernama

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa pusat membeli-belah 1 Utama akan ditutup selama tujuh hari bermula 12 Oktober.

“Hari ini sidang khas MKN juga mendengar pembentangan daripada pihak Kementerian Kesihatan dan telah bersetuju dengan cadangan untuk menutup operasi pusat membeli-belah 1 Utama di Bandar Utama ini selama tujuh hari bermula 12 Oktober 2020 bagi membolehkan proses saringan dilakukan terhadap semua pekerja dan pihak yang terlibat iaitu lebih kurang 800 orang.

“Proses sanitasi dan nyahkuman juga dilakukan di pusat membeli-belah tersebut,” katanya.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara