Pihak NU Sentral sahkan salah seorang staf pengurusan mereka dijangkiti Covid-19 pada 26 September 2020 yang lalu.Perkara ini disampaikan dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak NU Sentral menerusi Facebook rasmi mereka.
Bagaimanapun, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah bertindak dengan segera bagi mengesan kontak rapat termasuklah pegawai pejabat pengurusan pusat membeli belah terbabit. Justeru itu, mereka yang disaring disahkan negatif tetapi semua pekerja diwajibkan untuk kuarantin selama 14 hari.
Dalam kenyataan tersebut memaklumkan kepada pelanggan dan penyewa vendor bahawa kes ini adalah kes terpencil. Pihak pengurusan telah bekerjasama dengan KKM untuk tindakan selanjutnya.




Sebagai langkah berjaga-jaga, pusat membeli belah NU Sentral tersebut telah menjalani pembersihan dan sanitasi di seluruh kawasan bermula 26 September lalu. Mereka menasihatkan pelanggan dan pekerja yang lain agar sentiasa mematuhi SOp dan menjaga jarak serta memakai topeng muka setiap masa.
Sumber: NU Sentral
