Terkini

Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
app store rusia apple
Gambar: Rueters via BERNAMA

Putin Tandatangani Undang-Undang Wajibkan Apple Benarkan App Store Rusia Dipasang Pada Peranti – Dokumen

Hannah

Putin Tandatangani Undang-Undang Wajibkan Apple Benarkan App Store Rusia Dipasang Pada Peranti – Dokumen

MOSCOW, 7 Julai (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) — Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani rang undang-undang yang mewajibkan syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS), Apple, membenarkan App Store Rusia, RuStore, dipasang pada peranti keluarannya, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Menurut dokumen yang diterbitkan dalam pangkalan data undang-undang rasmi Rusia, bermula 1 September, Apple dikehendaki membenarkan pengguna telefon pintar dan tablet Apple untuk memasang, mengemas kini dan membuat bayaran bagi aplikasi yang dibangunkan oleh pembina dari Rusia.

Undang-undang itu turut melarang Apple daripada mengenakan sekatan terhadap pemasangan aplikasi pihak ketiga, menyekat fungsi peranti apabila menggunakan perisian alternatif, mengenakan dasar harga terhadap pembina atau mengehadkan kaedah pembayaran dalam aplikasi.

Jawatankuasa Parlimen Rusia bagi Industri dan Perdagangan berkata undang-undang ini bertujuan menamatkan amalan antipersaingan oleh syarikat asing seperti Apple dan Google, selepas mereka menyekat akses kepada perkhidmatan Rusia termasuk aplikasi perbankan penting.

RuStore sebelum ini boleh dipasang dan digunakan pada semua peranti yang menggunakan sistem operasi Android sebelum perjanjian pelesenan Apple mengehadkan pemasangan aplikasi daripada sumber bebas dan menyekat akses kepada fungsi tertentu pada peranti atau sistem operasi, termasuk pemprosesan pembayaran.

Alexei Govyrin, Ahli Jawatankuasa bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana berkata jika sesuatu peranti menyekat operasi aplikasi yang dipasang melalui RuStore atau mengganggu penggunaannya secara normal, ia akan dianggap sebagai kecacatan produk, yang boleh melayakkan pengguna menuntut penggantian, pembaikan atau bayaran balik.

BACA: 31 Tentera Israel Terbunuh Akibat Ditembak Rakan Sendiri – Laporan

Sumber: BERNAMA