Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Qatar Keluar Amaran Keselamatan, Bahrain & Kuwait Bunyikan Siren Susulan Serangan Baharu AS Ke Atas Iran
ISTANBUL, 9 Julai (Bernama-Anadolu) -- Qatar mengeluarkan amaran keselamatan kecemasan, manakala siren amaran dibunyikan di Bahrain dan Kuwait awal Khamis selepas gelombang baharu serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran mendorong peningkatan langkah keselamatan di seluruh Teluk, lapor Anadolu Ajansi.
Kementerian Dalam Negeri Qatar menerusi mesej kecemasan kepada rakyat dan penduduk memaklumkan tahap ancaman keselamatan adalah tinggi serta menggesa orang ramai supaya kekal berada di rumah atau di lokasi yang selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Kementerian Dalam Negeri Bahrain memaklumkan siren amaran telah dibunyikan dan menggesa rakyat serta penduduk supaya bertenang dan menuju ke lokasi perlindungan yang terdekat. Kuwait turut mengaktifkan siren amaran, menurut agensi berita rasmi negara itu, KUNA.
Perkembangan itu menyusuli laporan media Iran mengenai gelombang baharu serangan AS lewat Rabu yang menyasarkan beberapa lokasi di selatan dan tenggara Iran.
Komando Pusat Tentera Amerika Syarikat (CENTCOM) memaklumkan bahawa tentera AS melancarkan serangan tambahan ke atas Iran bagi melemahkan keupayaan Tehran untuk mengancam kebebasan pelayaran di Selat Hormuz.