Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Susulan pengumuman pelancaran program panggil semula penggantian komponen muffler bagi motosikal QJMOTOR AX200S yang telah bermula pada 17 Mac lalu, QJMOTOR Malaysia kini terus bergiat aktif menggiatkan pelbagai usaha dan pendekatan bagi memastikan seluruh unit yang terlibat diselenggara dengan sempurna.
Sebagai peringatan, program panggil semula ini dilaksanakan berikutan pengenalpastian kemungkinan berlakunya keretakan pada komponen muffler assembly pada beberapa unit QJMOTOR AX200S. Muffler baharu yang dipertingkatkan ini direka khusus bagi memastikan ketahanan dan prestasi yang lebih baik dalam jangka masa panjang.

Sehubungan dengan itu, QJMOTOR Malaysia menyeru semua pemilik QJMOTOR AX200S yang masih belum mendaftar agar berdaftar menerusi pautan rasmi ini:
https://productrecall.mforceservice.my/
Pemilik yang terlibat juga boleh terus menghubungi atau mengunjungi pengedar sah QJMOTOR Malaysia di mana pembelian asal dibuat untuk mengatur jadual penggantian.
Seluruh proses penggantian muffler ini dilaksanakan secara percuma, merangkumi kos alat ganti dan upah kerja.
QJMOTOR Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama, kepercayaan dan sokongan berterusan daripada para pelanggan serta rangkaian pengedar. Syarikat kekal komited dalam menawarkan motosikal berkualiti tinggi berserta perkhidmatan selepas jualan yang boleh dipercayai.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan