Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

QV-E Atau e.MAS 5 Lebih Berbaloi?
Seperti semua maklum, Perodua telah menurunkan harga EV sulung mereka iaitu Perodua QV-E dengan menambah pilihan beli sekali dengan bateri.
Harga promosi serendah RM87,499 untuk pemilikan penuh dan RM63,499 untuk pakej BaaS ini sah sehingga 30 September 2026.
Kadar bulanan bateri untuk pakej BaaS juga turun dari RM275 kepada RM215 termasuk cukai selama sembilan tahun.
Maklumat lanjut boleh baca di pautan yang telah kami terbitkan di bawah.
Selepas penurunan harga tersebar, perdebatan dalam kalangan netizen kian hangat antara QVE dan eMAS 5 yang mana lebih berbaloi.
SK akan bandingkan model QVE pemilikan penuh dengan eMAS 5 Premium untuk nampak lebih adil sebab kedua-duanya datang sekali dengan bateri.
Dari ukuran panjang, QVE lebih panjang berbanding e5 iaitu 4,170mm untuk QVE dan 4,135 untuk e5.
Untuk lebar, e5 menang sedikit lebar berbanding qve iaitu 1,805mm dengan 1,800mm, hanya 5mm berbeza.
Dari segi tinggi, e5 jauh lebih tinggi dengan 1,580mm dan qve hanya 1,502mm sahaja. Ini jelas jika anda pernah masuk dalam kabin kedua-dua model.

Jarak roda untuk e5 adalah 2,650mm dan itu lebih pendek berbanding qve iaitu 2,680mm.
Dari segi keluasan kenderaan, e5 lebih tinggi berbanding qve tetapi qve lebih panjang berbanding e5 dan e5 sedikit lebar berbanding qve.
Perodua QVE sedang dalam tempoh promosi dengan harga pemilikan penuh RM87,499 dan e5 juga menawarkan rebat untuk varian premium dengan harga RM69,800.
Untuk harga asal kedua dua model, e5 lebih murah dengan harga RM72,800 berbanding qve iaitu RM93,999.
E5 dikuasakan dengan bateri 40.16kWh dan kapasiti itu lebih kecil berbanding qve iaitu 52.5kWh tapi kedua-duanya menggunakan jenis bateri LFP.
Berbeza kapasiti membawa kepada jarak pandu yang berbeza, untuk e5 boleh pandu sejauh 325km manakala qve boleh pandu sejauh 370km (WLTP).

Elektrik motor e5 menghasilkan kuasa 116PS dan 150Nm tork manakala qve pula 204PS dan 285Nm tork.
Masa pengecasan DC pula, qve hanya boleh menerima 60kW sahaja iaitu 30-80% ambil masa lebih kurang 30 minit.
Bagi e5 pula, ia menyokong pengecasan sehingga 71kW iaitu 30-80% hanya dalam masa 21 minit.
Ini adalah bahagian paling penting kerana tiada ruang untuk berkompromi dengan isu keselamatan kenderaan.
Pengguna berhak secara penuh mendapatkan keselamatan total ketika memandu di jalan raya.
-full_normal.jpg)
Kedua-dua model menawarkan 6 beg udara, lengkap dengan AEB, ACC, LKA/LDW, BSD dan kamera 360.
Qve berkelebihan dari segi penarafan kerana telah berjaya mendapat 5 bintang dari ASEAN NCAP manakala e5 belum menjalani apa-apa ujian penarafan lagi.
Perbandingan lain kita ambik skrin infotainment yang mana e5 memberikan 14.6 inci floating skrin manakala qve 10.25 inci.
Kedua-dua model menawarkan sambungan Apple Carplay dan Android Auto tanpa wayar.

Kedua-dua model juga siap dengan pengecas telefon tanpa wayar manakal qve memberikan 6 speaker tapi e5 hanya 4 speaker.
Satu lagi kelebihan e5 adalah varian Premium datang sekali dengan power tailgate yang mana qve tidak menyediakan ciri tersebut.
Apa yang SK boleh rumuskan kedua-dua model ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Dari segi rupa bentuk SK rasa itu bersifat subjektif dan mengikut citarasa masing-masing.
Apa-apa pun tepuk dada tanya selera. Bagi anda QV-E atau e.MAS 5 lebih berbaloi ?