Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Semarak penganjuran karnival jualan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri saban tahun bukan sesuatu yang asing di negara kita.
Malah pelbagai jenama dan syarikat tidak kira yang membabitkan golongan terkenal atau sebaliknya berhempas pulas memastikan lokasi festival jualan diserbu pengunjung dengan menjanjikan pelbagai tarikan menarik.

Tak ketinggalan turut serta ialah festival Ragam Raya Fest 2026 dianjurkan GoodFellas yang akan berlangsung selama tiga hari berturut- turut di IOI Grand Exhibition & Convention Centre (IOI City Mall Putrajaya) bermula 13 Hingga 15 Mac ini.
Justeru, baru-baru ini dianjurkan taklimat serta majlis berbuka puasa membabitkan vendor berkenaan di Hotel Moxy Putrajaya yang turut bertindak sebagai hotel rasmi acara terbabit.

Menurut wakil penganjur, Sham Amir, taklimat dan majlis berbuka puasa itu diadakan sebagai platform memberi input rasmi kepada vendor yang bakal mengambil bahagian dalam festival berskala besar itu.
“Taklimat dan majlis berbuka puasa ini penting sebagai ruang ‘memanaskan badan’ selain bersuai-kenal. Apatah lagi ia menyatukan lebih daripada 188 vendor raya yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan termasuk baju raya, tudung, aksesori, barangan kecantikan dan wangian, kuih raya, kasut, beg tangan, makanan serta pelbagai lagi keperluan menyambut raya.
“Majlis taklimat ini juga memberi peluang kepada vendor untuk memahami dengan lebih jelas mengenai konsep festival, selain membincangkan perjalanan acara, promosi serta pelbagai aktiviti menarik yang bakal berlangsung sepanjang tiga hari festival itu,” katanya.

Tambah Sham, sesi taklimat dan berbuka puasa itu disifatkan sebagai medium terbaik memberi penerangan mengenai perjalanan festival.
“Tak lupa, sesi taklimat ini turut menjadi ruang untuk vendor, rakan strategik dan penganjur berkumpul dalam suasana mengimarahkan mood Ramadan yang penuh kemesraan sambil berbuka puasa.
“Terima kasih dan setinggi- tinggi penghargaan kepada jenama MINAZ yang menaja tudung, penaja kopi (Kopilihanku) dan agihan beg kertas tajaan Medina Craft Indonesia untuk vendor serta tetatmu yang hadir.

“BRAND’s Essence of Chicken pula sebagai penaja utama, manakala Moxy Putrajaya sebagai hotel rasmi. Festival ini juga dikuasakan pembabitan stesen radio ERA dan Astra Gempak sebagai media rasmi Ragam Raya Fest,” katanya.
Kata Sham lagi, kerjasama erat antara pihak penganjur, penaja, media rasmi dan vendor ini mencerminkan semangat kebersamaan.
“Terutamanya dalam menjayakan sebuah festival raya yang bakal menghimpunkan ribuan pengunjung dari seluruh negara.

“Festival ini dijangka menjadi antara karnival jualan Aidilfitri paling dinanti-nantikan tahun ini, dengan pelbagai tawaran istimewa, aktiviti pentas, selebriti jemputan serta pengalaman membeli-belah yang selesa di dalam pusat membeli-belah terbesar di Malaysia.
“Festival ini bakal menarik ribuan pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya, sekali gus menjadikannya antara acara persiapan Aidilfitri yang paling meriah tahun ini,” Katanya.

Lebih istimewa pengunjung kelak berpeluang menikmati pelbagai hadiah dan tawaran istimewa sepanjang festival berlangsung:
Ia termasuk 100,000 botol BRAND’S Sari Pati Ayam, 1,000 tudung eksklusif MINAZ dan 1,000 CelcomDigi Simpack yang ddiagihkan secara percuma untuk pengunjung terawal.

Selain itu, pengunjung juga bakal menerima pelbagai baucar diskaun dan tawaran eksklusif daripada vendor yang akan disediakan melalui sistem pendaftaran QR oleh Happie Token, selaku rakan strategik bagi sistem digital baucar acara ini.
Kemasukan adalah PERCUMA, dan pengunjung boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang selesa kerana lokasi festival berada di dalam pusat membeli-belah terbesar di Malaysia, IOI City Mall Putrajaya, lengkap dengan kemudahan berhawa dingin serta fasiliti yang mesra pengunjung.