Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Rahsia Kereta Kekal Wangi dan Bersih Walau Ada Anak Kecil
Gambar AI
Tiada Kategori

Rahsia, Cara Kereta Kekal Wangi & Bersih Walau Ada Anak Kecil

suhaila

Rahsia Kereta Kekal Wangi dan Bersih Walau Ada Anak Kecil

Memiliki anak kecil sememangnya mencabar, terutamanya apabila melibatkan kebersihan dan kekemasan kereta yang digunakan pada setiap hari.

Namun, itu bukanlah alasan untuk membiarkan kenderaan anda berbau hapak, bersepah dengan mainan atau berubah menjadi “stor bergerak” yang dipenuhi dengan sisa makanan dan pelbagai barangan lain.

Sebenarnya, kereta anda masih boleh dikekalkan dalam keadaan sentiasa bersih dan wangi dengan hanya sedikit usaha tambahan.

Ini boleh dicapai melalui penerapan sistem pengurusan yang teratur walaupun kereta digunakan secara aktif untuk menghantar dan mengambil anak ke sekolah mahupun ke pelbagai aktiviti harian.

Ramai ibu bapa moden yang bijak telah berkongsi rahsia mereka tentang bagaimana mereka berjaya membuatkan kereta mereka kekal wangi dan bersih walau ada anak kecil.

Rahsia ini bukan saja praktikal, malah mudah untuk diamalkan oleh mana-mana ibu bapa yang mahu mencipta suasana pemanduan yang lebih tenang dan menyenangkan.

1. Sediakan “Kit Kecemasan Anak” Dalam Bonet

Langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah menyediakan satu kit kecemasan anak. Kit ini merupakan satu beg khas yang mengandungi tisu basah, lampin pakai buang, plastik sampah kecil, sanitizer, dan pakaian salinan.

Barang-barang ini sangat membantu apabila berlaku insiden tumpahan susu, muntah atau ‘accident’ kecil.

Dengan kit ini di tangan, anda boleh bertindak segera tanpa perlu mencari barang lain. Ia juga dapat mengurangkan risiko kotoran melekat lama pada permukaan kereta.

Ia juga memberikan ketenangan fikiran kerana segala keperluan pembersihan dan kebersihan sentiasa tersedia, walaupun dalam perjalanan yang sibuk.

2. Hadkan Makanan Kepada Snek Kering Sahaja

Anak-anak memang mudah lapar dan suka makan semasa dalam perjalanan. Namun makanan yang berkuah, berminyak atau berperisa kuat boleh meninggalkan kesan noda dan bau tidak menyenangkan pada tempat duduk kereta.

Oleh itu, elakkan memberikan mereka makanan yang sukar dikawal seperti sup atau jus yang mudah tumpah.

Sebaliknya, pilih snek kering yang lebih bersih dan mudah dikendalikan seperti biskut keras, buah potong dalam bekas bertutup atau keropok.

Selain mudah dibersihkan, ini juga membantu mengurangkan risiko kereta berbau kurang menyenangkan dan mengekalkan suasana kabin yang segar.

Ini 10 Rahsia Agar Kereta Anda Kekal Wangi dan Bersih Walau Ada Anak Kecil

3. Gunakan Karpet Anti-Kotoran & Sarung Tempat Duduk Boleh Cuci

Selain itu, memasang karpet getah atau karpet PVC yang kalis air dan mudah dicuci juga dapat membantu anda mengelakkan masalah kesan tumpahan air atau makanan meresap ke lantai kereta.

Karpet jenis ini lebih tahan lasak dan cepat kering selepas dibasuh. Begitu juga dengan sarung tempat duduk yang boleh ditanggalkan dan dicuci.

Ia amat sesuai terutamanya jika anak masih kecil dan mudah tumpahkan susu atau minuman lain. Dengan penggunaan sarung ini, anda tidak perlu risau tentang kesan kekal yang boleh merosakkan fabrik asal tempat duduk kereta.

4. Letak Tong Sampah Mini Dalam Kereta

Anak-anak yang aktif biasanya menghasilkan banyak sampah kecil seperti bungkusan makanan, tisu atau plastik pembungkus.

Dengan menyediakan tong sampah mini yang mudah diakses dalam kereta, anak-anak boleh belajar membuang sampah ke tempat yang betul tanpa mencemarkan kerusi atau lantai.

Tong sampah ini boleh diletakkan di belakang tempat duduk hadapan atau pada pintu kereta agar mudah dicapai.

Amalan ini bukan sahaja menggalakkan disiplin dan tanggungjawab sejak kecil malah dapat membantu anda mengelakkan kereta dari dipenuhi sampah dan bau tidak menyenangkan.

5. Pastikan Sentiasa Ada Wipes & Spray Pembersih Ringkas

Di samping itu, tisu basah atau spray pembersih serbaguna yang sesuai untuk pelbagai permukaan wajib sentiasa ada dalam kereta.

Dengan adanya peralatan ini, anda boleh segera membersihkan segala kotoran yang terdapat di dalam kereta tanpa perlu menangguh sehingga habis perjalanan.

Anda dinasihatkan untuk memilih produk yang mesra bayi dan tidak mengandungi bahan kimia keras supaya selamat digunakan di sekitar anak kecil.

Kebersihan yang konsisten seperti ini akan membantu mengurangkan bau kurang enak dan memastikan kabin kereta sentiasa dalam keadaan segar dan bersih.

BACA : 10 Cara Untuk “Reward” Diri Sendiri: Kecil Tapi Bermakna

6. Letakkan Pewangi Kereta yang Lembut dan Tidak Terlalu Tajam

Pewangi kereta merupakan elemen penting dalam mengekalkan suasana wangi dan menyenangkan dalam kabin.

Namun, bagi keluarga yang mempunyai anak kecil, elakkan pewangi yang terlalu kuat dan berbau tajam kerana ia boleh mengganggu pernafasan dan menyebabkan alahan.

Pilih pewangi dengan aroma semula jadi seperti lavender, citrus, atau green tea yang lembut dan menenangkan.

Pewangi jenis ini bukan sahaja memberikan kesegaran yang tahan lama, malah ianya dapat membantu untuk mewujudkan suasana yang santai dan nyaman dalam kereta.

Terutama sekali ketika anda dalam perjalanan jauh bersama anak-anak.

7. Vakum Sekurang-kurangnya Seminggu Sekali

Antara lain, anda juga perlu mengosongkan habuk, serpihan makanan, rambut dan kotoran lain dengan vakum sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Ia merupakan satu langkah yang mudah namun sangat berkesan dalam mengekalkan kebersihan kereta. Fokuskan pada ruang yang sukar dicapai seperti celah-celah tempat duduk, bawah karpet, dan kawasan sekitar pedal.

Jika anda tidak mempunyai masa atau peralatan, banyak pusat cucian kereta kini menawarkan servis vakum dalaman yang pantas dan berpatutan.

Kebiasaan ini bukan sahaja menjaga penampilan kereta, malah mengurangkan risiko alergi dan masalah kesihatan terutama kepada anak kecil.

8. Jangan Simpan Barangan Tidak Perlu Dalam Kereta

Ramai orang cenderung menggunakan kereta sebagai ruang simpanan tambahan. Namun, keadaan ini boleh menyebabkan kereta kelihatan bersepah dan menyukarkan pembersihan.

Biasakan untuk membawa keluar barang-barang yang tidak diperlukan setiap kali sampai di rumah. Keluarkan barang seperti mainan lama, beg yang sudah tidak digunakan atau baju yang sudah tidak dipakai.

Kereta yang kurang barang tidak hanya mudah dibersihkan tetapi juga dapat memberikan ruang yang lebih luas dan rasa lebih selesa ketika memandu bersama keluarga.

Selain itu, ia juga dapat mengurangkan risiko kehilangan barang penting atau tertinggal benda berharga dalam kenderaan.

9. Latih Anak Tentang Kebersihan Sejak Awal

Mengajar anak-anak untuk menjaga kebersihan kereta sejak kecil merupakan pelaburan yang sangat berharga.

Mulakan dengan perkara mudah seperti membuang sampah ke dalam tong, mengelap tumpahan minuman, dan meletakkan mainan di tempat asal selepas bermain.

Pengulangan dan dorongan positif akan membantu mereka memahami tanggungjawab menjaga kebersihan dan disiplin diri.

Apabila mereka terbiasa dengan tabiat ini, anda tidak perlu risau lagi tentang kereta yang bersepah dan berbau tidak menyenangkan malah ia juga membentuk karakter positif anak sebagai individu yang bertanggungjawab.

10. Cuci Luaran & Dalaman Sekurang-kurangnya Sebulan Sekali

Selain itu juga, membersihkan kereta secara menyeluruh setiap bulan adalah langkah wajib untuk memastikan kereta sentiasa dalam keadaan terbaik.

Cucian luaran akan menyingkirkan kotoran, habuk, dan sisa hujan yang boleh merosakkan cat dan bahagian luar kereta.

Manakala cucian dalaman pula membantu menghilangkan bau, kotoran dan debu yang melekat pada permukaan seperti dashboard, tempat duduk, dan karpet.

Anda boleh melakukannya sendiri di rumah menggunakan produk pembersih khas atau menghantar ke pusat cuci kereta profesional.

Kebiasaan ini bukan sahaja dapat memanjangkan jangka hayat kereta tetapi ia juga dapat meningkatkan keselesaan dan nilai estetika kenderaan anda.

Oleh itu, kereta yang kekal wangi dan bersih bukan sekadar soal estetika. Ianya dapat memberikan keselesaan, ketenangan dan imej positif kepada anda sebagai ibu bapa.

Anak-anak juga lebih selesa dan sihat apabila berada dalam persekitaran yang bersih.

BACA : 10 Lokasi Percutian Bajet Sekitar KL, Selangor & Putrajaya

Sumber :

asliceofstyle,

buzzkid