Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

10 Lokasi Percutian Bajet di Sekitar KL, Selangor dan Putrajaya Sempena Cuti Sekolah
Cuti sekolah yang bakal menjelang tidak lama lagi merupakan masa yang paling dinanti-nantikan oleh anak-anak untuk berseronok dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.
Bagi ibu bapa pula, inilah peluang terbaik untuk membawa anak-anak keluar dari rutin harian dan mencipta memori indah yang akan dikenang sepanjang hayat. Namun begitu, tidak semua aktiviti percutian memerlukan perbelanjaan yang besar.
Di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, sebenarnya terdapat banyak destinasi percutian yang menarik. Ia bukan sahaja menyeronokkan dan memberi pendedahan baru kepada anak-anak, malah sangat mesra bajet.
Sama ada untuk aktiviti riadah, pendidikan interaktif mahupun pengalaman alam semula jadi, lokasi-lokasi ini pasti memenuhi pelbagai minat anak-anak tanpa membebankan kewangan keluarga.
Berikut kami kongsikan 10 lokasi percutian yang menarik dan mesra bajet di sekitar KL, Selangor dan Putrajaya yang sesuai untuk dikunjungi bersama anak-anak sempena cuti sekolah:
Pusat Sains Negara merupakan destinasi pendidikan yang ideal untuk anak-anak meneroka dunia sains dan teknologi dengan cara yang interaktif dan menyeronokkan.
Terletak di Bukit Kiara, bangunan yang berkubah biru ini menyajikan pelbagai pameran sains dari dalam dan luar negara yang merangkumi fizik, biologi, teknologi dan alam semula jadi.
Salah satu tarikan utama adalah galeri kanak-kanak yang direka khas untuk si kecil berusia 3 hingga 6 tahun, lengkap dengan permainan dan eksperimen asas sains yang selamat.
Pusat ini juga menawarkan tayangan teater mini, pertunjukan sains serta pameran sementara yang bertukar dari semasa ke semasa.
Harga tiket masuk yang dikenakan adalah berpatutan iaitu hanya RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Ini menjadikannya sebagai pilihan yang terbaik bagi keluarga yang mahukan aktiviti mendidik dengan bajet yang rendah.
Sempena Cuti Sekolah, Ini 10 Lokasi Percutian Bajet di Sekitar KL, Selangor dan Putrajaya
Farm In The City di Seri Kembangan ialah kombinasi sempurna antara ladang ternakan dan zoo mini. Tempat ini membolehkan anak-anak berinteraksi rapat dengan haiwan jinak dalam suasana yang menyerupai kampung.
Dengan pelbagai spesies haiwan seperti arnab, kambing, alpaka, kura-kura gergasi, itik, dan burung eksotik, tempat ini menawarkan pengalaman pembelajaran secara langsung mengenai hidupan ternakan dan alam semula jadi.
Anak-anak boleh memberi makan haiwan, memegang reptilia jinak, dan mempelajari fakta menarik melalui papan maklumat interaktif.
Suasana yang mesra keluarga dan susun atur laluan yang mudah diikuti menjadikan lawatan ini sangat sesuai untuk kanak-kanak kecil.
Harga tiket bermula sekitar RM39 untuk kanak-kanak dan RM58 untuk dewasa. Namun, potongan harga biasanya ditawarkan melalui pembelian secara dalam talian.
Sebagai salah satu taman botani terbesar di Malaysia, Taman Botani Negara Shah Alam adalah lokasi ideal untuk keluarga yang ingin mendekati alam semula jadi tanpa perlu keluar dari bandar.
Taman ini meliputi kawasan seluas lebih 800 hektar dan menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti berbasikal mengelilingi taman, meneroka Rumah Iklim Sederhana Empat Musim yang menampilkan suasana seperti musim bunga atau salji, serta melawat Taman Haiwan dan Taman Rempah Ratus.
Bagi anak-anak, aktiviti seperti menunggang kuda, menaiki kereta kuda dan melihat rusa pasti memberikan pengalaman yang berbeza daripada kehidupan bandar.
Harga tiket masuk yang sangat berpatutan iaitu RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Taman ini merupakan pilihan yang terbaik untuk aktiviti keluarga dengan bajet rendah tetapi kaya nilai pendidikan.
4. Wetland Studios, Putrajaya
Selain itu, Wetland Studios Putrajaya merupakan tarikan baru yang terletak di dalam kawasan Taman Wetland Putrajaya. Ianya menjadi destinasi edutainment pertama di Asia Tenggara yang berkonsepkan ekosistem tanah lembap.
Tempat ini menawarkan pengalaman imersif melalui pameran interaktif, teknologi realiti terimbuh (AR) serta gabungan elemen pendidikan dan hiburan yang sesuai untuk seisi keluarga.
Anak-anak pasti teruja meneroka dunia haiwan dan alam semula jadi menerusi pelbagai zon bertema seperti kawasan paya, hutan bakau, dan habitat burung air.
Selain mempelajari tentang kepentingan tanah lembap dan pemuliharaan biodiversiti, mereka juga berpeluang berinteraksi secara maya dengan haiwan-haiwan unik dari seluruh dunia.
Harga tiket masuk yang dikenakan juga amat berpatutan, bermula daripada RM18 hingga RM30 seorang, bergantung kepada kategori umur dan warganegara.
Dengan pengalaman yang mengujakan serta sarat dengan ilmu, Wetland Studios sememangnya tempat terbaik untuk menggabungkan keseronokan dan pembelajaran sempena cuti sekolah.
Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang atau MAEPS juga merupakan salah satu destinasi pilihan sempena cuti sekolah.
Ia bukan sahaja terkenal sebagai lokasi pameran pertanian terbesar, malah menawarkan pengalaman menarik untuk seisi keluarga menerusi aktiviti ladang yang interaktif. Di sini, anak-anak boleh mendekati haiwan ternakan seperti lembu, kambing, ayam, dan rusa.
Mereka juga dapat belajar mengenai proses pertanian moden termasuk hidroponik dan tanaman fertigasi.
Mereka juga boleh merasai pengalaman unik seperti memerah susu lembu dan menanam sayur secara praktikal. Suasana yang luas dan terancang memberikan peluang kepada anak-anak untuk bebas belajar dan bermain di alam semula jadi.
Harga tiket yang dikenakan biasanya dalam lingkungan RM15 hingga RM20, bergantung kepada pakej lawatan yang dipilih, namun nilai pembelajaran dan keseronokan yang diperoleh pasti berbaloi.
BACA : 8 Barang Yang Ramai Suka Simpan Tetapi Bahaya
6. Planetarium Negara, Kuala Lumpur
Di samping itu, Planetarium Negara juga merupakan tempat yang sesuai untuk memperkenalkan dunia astronomi kepada anak-anak.
Tempat ini mempunyai suasana yang moden dan interaktif. Terletak di atas bukit berhampiran Tasik Perdana, ia menawarkan pelbagai jenis pameran.
Ini termasuklah mengenai sistem suria, angkasa lepas, teknologi satelit dan sejarah penerbangan angkasa.
Terdapat kapsul angkasa tiruan, simulator angkasa serta tayangan filem sains dalam dome teater yang akan memikat perhatian anak-anak yang meminati sains dan teknologi.
Lawatan ke planetarium ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga mendidik anak-anak untuk berfikir secara saintifik. Kemasukan adalah percuma untuk pameran tetap.
Manakala untuk tayangan khas anda hanya dikenakan dengan kadar bayaran yang sangat rendah. Ini menjadikannya destinasi yang sangat berbaloi untuk lawatan bajet.
Terletak di Menara Berkembar Petronas, Petrosains adalah sebuah pusat sains interaktif yang memperkenalkan konsep sains dan teknologi secara menyeronokkan kepada kanak-kanak.
Pusat ini menampilkan pelbagai zon pameran bertema seperti geologi, kejuruteraan, tenaga, robotik dan angkasa. Anak-anak boleh mencuba eksperimen sendiri, bermain dengan alat interaktif, atau menyertai aktiviti demonstrasi sains secara langsung.
Petrosains juga menyediakan zon khas untuk kanak-kanak kecil yang direka dengan permainan selamat dan menyeronokkan.
Harga tiket yang bermula serendah RM8 untuk kanak-kanak dan RM20 untuk dewasa menjadikan tempat ini antara destinasi wajib jika ingin memberi pengalaman pendidikan yang menyeronokkan sempena cuti sekolah.
Marina Putrajaya ialah pusat rekreasi yang lengkap dengan kemudahan sukan air serta kolam renang indoor yang moden dan mesra kanak-kanak.
Terletak di Presint 5, tempat ini menawarkan pelbagai aktiviti air seperti kayak, paddle boat, jet ski dan banyak lagi.
Untuk anak-anak yang gemar berenang, kolam renang indoor yang selesa dan bersih memberikan pengalaman menyeronokkan tanpa perlu risaukan cuaca panas atau hujan.
Harga tiket masuk ke kolam renang juga sangat berpatutan, sekitar RM3 hingga RM6 sahaja. Ia bergantung kepada umur dan waktu lawatan.
Dengan fasiliti yang baik serta persekitaran selamat, Marina Putrajaya adalah lokasi yang sangat sesuai untuk aktiviti air bersama anak-anak dalam bajet yang terkawal.
9. Laman Seni 7, Shah Alam
Antara lain, Laman Seni 7 di Seksyen 7, Shah Alam juga sesuai untuk dilawati. Ia merupakan lorong seni kreatif yang dihiasi dengan mural dan seni jalanan berwarna-warni yang dihasilkan oleh pelukis tempatan.
Tempat ini menawarkan pengalaman visual yang menarik untuk anak-anak, sekaligus memperkenalkan mereka kepada dunia seni dan kreativiti.
Selain bergambar dengan pelbagai lukisan 3D dan mural bertemakan sosial, patriotik dan budaya, anak-anak juga boleh mempelajari erti seni ekspresi dalam konteks masyarakat.
Suasana lorong yang bersih dan teratur menjadikannya lokasi ideal untuk sesi fotografi keluarga. Kemasukan adalah percuma dan sangat digalakkan untuk lawatan singkat yang santai dan penuh warna.
Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia merupakan destinasi pendidikan yang menyeronokkan dan mesra keluarga. Ia terletak di Sasana Kijang, Kuala Lumpur.
Tempat ini menawarkan pelbagai galeri interaktif yang mengetengahkan topik-topik berkaitan kewangan, sejarah mata wang, pengurusan ekonomi negara, serta galeri seni yang menampilkan koleksi karya tempatan dan antarabangsa.
Anak-anak dapat belajar mengenai evolusi mata wang dari zaman dahulu hingga era digital. Selain itu, mereka dapat memahami konsep asas pengurusan kewangan melalui pameran yang menarik, serta mencuba aktiviti interaktif yang disediakan.
Kemasukan ke muzium ini adalah percuma, menjadikannya lokasi bajet yang ideal untuk aktiviti cuti sekolah yang bersifat edukatif dan menyeronokkan.
Jelaslah bahwa mengisi masa cuti sekolah tidak semestinya memerlukan belanja besar. Dengan perancangan yang bijak, ibu bapa dapat membawa anak-anak berseronok sambil belajar dalam suasana yang selamat dan berpatutan.
Destinasi-destinasi percutian bajet di sekitar KL, Selangor, dan Putrajaya ini bukan sahaja menarik, tetapi juga membuka ruang untuk pembelajaran luar bilik darjah yang sangat berharga.
Selamat bercuti.
Sumber : klook, littlestepasia