Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Rahsia Pantau Anak: 5 App Kawalan Gajet Paling Power
Gambar AI
Tiada Kategori

Rahsia Pantau Anak: 5 App Kawal Gajet Paling Power

suhaila

Rahsia Pantau Anak: 5 App Kawalan Gajet Paling Power

Zaman sekarang mana ada anak yang boleh dipisahkan terus daripada gajet. Telefon pintar, tablet dan komputer riba sudah jadi peneman setia semua orang tak kira siang atau malam.

Bagi sesetengah ibu bapa gajet memang memudahkan kerana anak akan duduk diam, tak kacau kerja rumah malah ada yang guna untuk belajar.

Kalau tak dikawal, gajet boleh jadi perangkap halus yang membuat anak ketagih skrin, terdedah pada kandungan tidak sesuai atau jadi mangsa buli siber.

Nasihat semata-mata kadang tak cukup sebab anak zaman digital bijak lari dari pantauan. Sebab itu, ramai ibu bapa kini guna aplikasi kawalan gajet iaitu parental control apps untuk memantau dan mendidik anak supaya bijak guna internet tanpa rasa dikongkong.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 5 app kawalan gajet paling power yang boleh jadi rahsia senyap ibu bapa untuk memantau dan membimbing anak untuk menggunakan teknologi dengan lebih selamat.

Kalau anda serius mahu anak bijak digital tapi masih kekal selamat, lima aplikasi ini wajib ada dalam senarai. Jom semak satu per satu.

1. Google Family Link

Siapa sangka Google yang kita selalu guna untuk cari resepi atau lokasi kedai makan juga ada aplikasi khas untuk membantu ibu bapa kawal gajet anak?

Google Family Link ini memang antara yang paling popular sebab percuma, mudah digunakan dan sesuai untuk pengguna Android mahupun iOS.

Melalui aplikasi ini, ibu bapa boleh tengok aplikasi apa yang anak muat turun, berapa lama masa yang mereka habiskan di setiap aplikasi malah boleh tetapkan had masa skrin harian.

Paling best, anda boleh lock peranti anak dari jauh kalau dia masih liat untuk berhenti main game walaupun dah berkali-kali disuruh tidur.

Bukan itu saja, Google Family Link juga ada fungsi laporan aktiviti mingguan. Jadi, ibu bapa boleh menilai sama ada masa skrin anak seimbang dengan masa belajar, bermain di luar atau masa bersama keluarga.

Pendek kata, dengan aplikasi ini gajet anak tetap di tangan mereka tatepi kawalan sepenuhnya di tangan kita.

Ini 5 App Kawalan Gajet Paling Power Untuk Pantau Anak

2. Qustodio

Kalau anda mahukan kawalan yang lebih ‘padu’ dengan paparan yang mesra pengguna, Qustodio memang patut ada dalam senarai.

Qustodio ibarat bodyguard digital yang sentiasa memerhati di belakang tabir. Aplikasi ini membolehkan ibu bapa menapis laman web yang tidak sesuai, menyekat aplikasi yang meragukan dan memantau sejarah carian internet anak-anak.

Semuanya boleh diakses melalui paparan ringkas yang senang difahami walaupun anda bukan kaki IT. Yang menariknya, Qustodio turut menawarkan fungsi jejak lokasi masa nyata.

Jadi kalau anak dah mula keluar rumah berjumpa rakan atau pergi tuisyen, anda boleh tahu mereka di mana pada bila-bila masa. Fungsi ini cukup penting untuk beri rasa tenang di hati ibu bapa apatah lagi dalam dunia sekarang yang serba tak terduga.

3. Kaspersky Safe Kids

Ramai yang kenal Kaspersky sebagai pelindung peranti daripada serangan virus tapi tak ramai tahu jenama ini juga ada aplikasi kawalan gajet anak yang cukup praktikal.

Kaspersky Safe Kids bukan sekadar melindungi telefon atau komputer anak daripada virus. Ia juga menapis kandungan dewasa yang tak sesuai, memantau aktiviti media sosial serta mengawal masa skrin dengan lebih tersusun.

Satu ciri menarik Kaspersky Safe Kids ialah notifikasi segera sekiranya anak anda cuba melanggar peraturan yang ditetapkan.

Contohnya seperti cuba buka laman web yang telah disekat. Ini membolehkan ibu bapa bertindak pantas. Sama ada menasihati anak, menyemak semula peraturan atau berbincang secara terbuka supaya anak faham kenapa sekatan itu perlu.

BACA : Tayar Pancit Di Lebuhraya, 7 Langkah Anda Wajib Buat

4. Norton Family

Norton Family pula terkenal sebagai ‘pagar digital’ yang sentiasa berjaga 24 jam. Dengan aplikasi ini, ibu bapa boleh menetapkan laman web mana yang boleh atau tidak boleh dilawati anak dan mengawal apa yang mereka muat turun.

Ia juga membolehkan ibu bapa menetapkan waktu untuk menutup internet supaya tiada lagi alasan main telefon sampai lewat malam.

Lebih menarik, Norton Family juga ada laporan terperinci tentang aktiviti online anak. Segala laman web yang dilawati, video yang ditonton atau aplikasi yang dibuka akan direkodkan secara automatik.

Dengan maklumat ini, ibu bapa boleh tahu minat sebenar anak dan jika ada perkara mencurigakan, boleh bertindak awal sebelum terlambat.

5. Screen Time

Anak zaman sekarang bijak berunding. Kalau mahu kawalan jadi lebih berkesan, gunakan pendekatan ganjaran. Screen Time antara aplikasi yang mempopularkan konsep ini.

Melalui Screen Time, ibu bapa boleh menetapkan masa skrin harian dan mematikan gajet anak secara automatik bila tiba waktu rehat. Aplikasi ini juga membolehkan ibu bapa menawarkan masa tambahan sebagai ganjaran jika anak patuh pada peraturan.

Sebagai contoh, kalau anak berjaya siapkan kerja sekolah, tolong ibu di dapur atau baca buku satu jam, ibu bapa boleh ‘top up’ masa skrin mereka sebagai hadiah.

Teknik ini lebih berkesan kerana anak rasa mereka ada kuasa memilih dan bukan sekadar diarah tanpa suara. Lama-kelamaan, anak akan belajar mengurus masa dengan lebih bertanggungjawab.

Sebenarnya, aplikasi-aplikasi ini hanyalah alat tambahan yang membantu ibu bapa memantau dunia digital anak. Selebihnya terletak pada bagaimana kita mendidik, berkomunikasi dan memberi contoh. Anak-anak perlu tahu tujuan sebenar pemasangan aplikasi kawalan ini.

Ianya bukan kerana kita tidak mempercayai mereka, tetapi kerana kita mahu mereka selamat dan bebas daripada ancaman dunia siber yang kita sendiri pun kadang-kadang tak mampu jangka.

Jadi, kalau anda benar-benar mahu anak kekal bijak digital tanpa terperangkap dalam ketagihan skrin, mulakan dengan satu aplikasi yang sesuai.

Sumber : techradar, pcmag

BACA : 5 Fungsi Dryer Yang Selalu Diabaikan Tapi Sangat Berguna