Baginda Raja Salman telah mengarahkan Pusat Bantuan dan Kemanusiaan King Salman (KSrelief) untuk menyalurkan bantuan kepada Malaysia untuk menangani COVID-19, lapor Saudi Gazette.
Dalam satu kenyataan, Ketua Penyelia KSrelief Abdullah AL Rabeeah mengatakan bahawa arahan Raja Salman menunjukkan kedalaman hubungan yang kuat antara kedua-dua negara.
Menurut Al-Rabeeah, bantuan perubatan merangkumi satu juta dos vaksin COVID-19.
Dalam pada itu, Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishammudin menzahirkan setinggi-tinggi rasa syukur atas perkara berkenaan.
Sumber: Saudi Gazette, Hishammuddin Hussein