Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Rakan Grab Jelajah ASEAN: Pemandu & Penghantar Jadi Tulang Belakang Inovasi Teknologi Serantau

Grab Malaysia memperkenalkan siri dokumentari khas bertajuk “Rakan Grab Jelajah ASEAN”, menampilkan kisah sebenar rakan pemandu dan penghantar yang menjadi inspirasi kepada inovasi teknologi Grab di seluruh rantau Asia Tenggara.

Kolaborasi antara Grab Malaysia dan KS Lagi ini mengetengahkan semangat serantau yang mendukung kemajuan teknologi, komuniti dan kelestarian, seiring dengan kepengerusian Malaysia dalam ASEAN tahun ini.

Wira Harian Di Sebalik Superapp Grab

Setiap hari, berjuta-juta rakan pemandu dan penghantar Grab bergerak di jalanan bukan sekadar untuk mencari rezeki, tetapi turut menjadi sumber inspirasi kepada teknologi yang dibangunkan oleh Grab.Menurut Adelene Foo, Pengarah Urusan Grab Malaysia, pengalaman mereka di lapangan memberi idea kepada Grab untuk mencipta teknologi yang “dibangunkan khas untuk rantau ini, oleh rantau ini.”

Menjelajah Ke Tiga Negara, Cerita, Inovasi dan Inspirasi

Siri Rakan Grab Jelajah ASEAN yang dihoskan oleh Shahril Hamdan ini menampilkan tiga rakan Grab dari Malaysia yang dibawa menjelajah ke Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Bagi mereka, perjalanan ini membuka mata terhadap semangat sama yang dikongsi oleh rakan pemandu dan penghantar di seluruh ASEAN, bekerja keras demi keluarga dan komuniti, sambil beradaptasi dengan teknologi baharu.

Ketiga-tiga episod penuh akan ditayangkan secara eksklusif di platform media sosial KS Lagi.

Inovasi Dipacu Rakyat, Untuk Rakyat

Bagi Grab, pembangunan teknologi bukan sekadar soal kemudahan, tetapi juga tentang memperkasakan komuniti. Antara inovasi yang diperkenalkan termasuk:

  • AI Driver Companion – pembantu pintar yang bantu pemandu mengenal pasti permintaan dengan lebih cepat dan efisien.

  • AI Merchant Assistant – alat bantu perniagaan bagi memudahkan operasi dan menyokong pertumbuhan usahawan mikro serta PKS.

  • GrabMaps – sistem peta hiperlokal yang dibina berdasarkan data sebenar daripada pemandu dan penghantar, menjadikan navigasi lebih tepat.

Pendekatan ini selaras dengan usaha kerajaan-kerajaan ASEAN yang kini giat mengintegrasi kecerdasan buatan (AI)dalam strategi pembangunan nasional, termasuk di Malaysia dengan inisiatif Rang Undang-Undang Pekerja Gig dan promosi kenderaan elektrik (EV).

Komitmen Untuk Inklusif dan Lestari

Selain teknologi, Grab turut menekankan prinsip keterangkuman dan kelestarian, memastikan peluang pendapatan yang adil dan mampan untuk semua, termasuk wanita serta golongan OKU.

Sebagai penutup tahun kepengerusian Malaysia dalam ASEAN, Grab menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh rantau ini melalui teknologi, inovasi dan kerjasama serantau, memastikan sumber pendapatan rakan kongsinya terus terlindung dan bersedia menghadapi masa depan digital.