Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rakyat Malaysia Ditahan Di Arab Saudi: Kementerian Luar Beri Bantuan

Iqbal Yasir
Malaysia Ditahan Arab Saudi
Gambar: Bernama

Rakyat Malaysia Ditahan Di Arab Saudi: Kementerian Luar Beri Bantuan

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) — Kementerian Luar hari ini mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.

Dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini, kementerian itu memberi jaminan bahawa bantuan konsular telah diberikan kepada individu tersebut dan usaha berterusan dilakukan bagi memastikan perundangan tempatan melindungi haknya.

“Kementerian akan menyelaras rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menangani situasi itu dan komited untuk memberikan sokongan yang sewajarnya selain menegakkan prinsip kerahsiaan dan maruah untuk semua rakyat Malaysia di luar negara.

“Kami menggesa media supaya menghormati privasi individu dan keluarga mereka semasa masa sukar ini. Perkara sebegini sesuatu yang sensitif dan tidak boleh dianggap sebagai peluang untuk spekulasi atau gosip,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, sumber memaklumkan seorang pelawak popular yang ditahan di Jeddah, Arab Saudi pada Oktober tahun lepas atas kesalahan memiliki dadah, kini sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara itu.

Menurut sumber itu hukuman tersebut dijatuhkan ketika perbicaraan pelawak terbabit pada November tahun lepas dan berdasarkan penghakiman, tempoh hukuman itu dijangka selesai April ini.

Difahamkan, pelawak tersebut mungkin dibebaskan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan sekiranya berkelakuan baik.

Sebelum ini, media melaporkan Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja namun tidak mendedahkan identitinya.

Sumber: BERNAMA

BACA: Stesen LRT KLCC Ditutup Sementara Waktu

BACA: Wanita Dedah ‘Terpaksa’ Tanggung Bil Elektrik Cecah RM1 Juta