Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ramai Boleh Relate, Ini Perangai “Rare” Suami Bila Beli Barang Dapur Tanpa Isteri
Bila dah masuk alam berumah tangga, memang tak lari daripada macam-macam ragam cerita.
Salah satu hal biasa tapi paling mencuit hati, mestilah bab beli barang dapur. Siapa yang dah berkahwin tu, confirm boleh relate dengan situasi ni.
Lagi-lagi bila si suami decide nak turun padang sendiri tanpa “guide” daripada isteri, memang lain macam hasilnya.
Kalau scroll media sosial pun, boleh nampak berbagai versi cerita pasal geng suami dikongsikan oleh isteri masing-masing. Dari sharing tu, macam-macam perangai “rare” suami terbongkar.


Pertama sekali, bab bajet memang nombor satu. Kebanyakan suami biasanya dah “set” siap-siap dalam kepala berapa nak belanja. Sebab tu, mereka cenderung untuk cari barang paling murah, paling berbaloi.
Lagi satu, kalau korang perasan, suami jenis ni ada juga yang bila sekali pergi beli barang dapur, dia jarang beli sikit-sikit.
Sekali jalan, terus borong banyak-banyak. Pantang nampak barang “sale”, terus sapu dan standby macam-macam dekat rumah.
Tak lupa juga, kebiasaannya para suami ni dah tahu dah kat mana tempat terbaik yang dia nak tuju. Bila dah ada senarai barang dalam tangan, mestilah mereka nak cari tempat yang mudah, cepat dan dalam masa sama boleh berjimat.
Sebab tu ramai yang lebih selesa pilih hypermarket ‘one stop centre’ seperti Lotus's Malaysia. Dalam satu tempat, semua barang keperluan rumah boleh dapat tanpa perlu singgah banyak kedai.
Lagipun, Lotus's memang dah lama tertanam dalam minda rakyat Malaysia. Hampir seluruh Malaysia ada cawangannya.
Ramai yang tahu kalau pergi ke sana, kebanyakan barang yang dicari memang mudah nak jumpa sebab rak jarang kosong.
Paling penting, tawaran harga di sana yang mesra poket. Sama ada keluarga besar dengan anak ramai atau pasangan baru berkahwin, kebanyakannya yakin nak merancang perbelanjaan bulanan bila membeli di Lotus's supaya tak mudah ‘terbabas’ daripada bajet asal.
Kalau dilihat di media sosial pun, ramai pengguna mengakui mereka selesa membeli di Lotus's kerana pilihan barang yang lengkap selain tawaran harga yang lebih berpatutan untuk pelbagai jenis isi rumah.
Seperti yang dikongsikan oleh Husna Shaz di Threads, dia gemar membeli-belah di Lotus's kerana adanya tawaran Harga Hangat yang membolehkan barangan keperluan dibeli pada harga lebih murah.
Bukan apa, mungkin bagi mereka cara tu lagi mudah. Sekali beli, terus cukup untuk tempoh yang lama. Tak perlu pening kepala nak keluar banyak kali.
Menurutnya, tawaran seperti itu sedikit sebanyak membantu pengguna untuk tidak terlalu terkesan dengan kenaikan harga barang susulan keadaan ekonomi dan konflik dunia ketika ini.
Tambah Husna Shaz lagi, sebagai pembeli yang sentiasa mementingkan harga berpatutan, dia memang selesa membeli di Lotus's sejak dahulu.
Ujarnya, hypermarket itu dilihat memahami keadaan masyarakat dan konsisten menawarkan harga yang lebih mampu milik berbanding tempat lain.
Baginya, inilah peluang terbaik untuk berjimat cermat tanpa perlu mengurangkan keperluan harian keluarga.
Sebagai pembeli, sangat normal kalau kita nak pilih tempat yang menawarkan harga lebih murah dengan kualiti barang yang sentiasa terjaga.
Lagipun, dalam keadaan sekarang, ramai yang makin bijak merancang perbelanjaan supaya kewangan rumah tangga lebih teratur dan boleh ‘bernafas’ setiap bulan.
Bila dapat berjimat dalam perbelanjaan barang dapur di Lotus's, lebihan wang itu bolehlah digunakan untuk simpanan kecemasan ataupun keperluan lain yang lebih penting.
Jadi, para isteri dah tak perlu terlalu risau kalau si suami keluar beli barang dapur sendirian, sebab biasanya mereka memang dah tahu tempat terbaik untuk dapatkan barangan yang lengkap pada harga lebih berbaloi.
Kalau korang pun tengah cari tempat untuk berjimat dalam perbelanjaan harian, bolehlah singgah dan tengok sendiri tawaran menarik serta Harga Hangat di laman sosial Lotus's Malaysia.