Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Ramai Panas Hati Bila Air Takde,” Video Abang Ni Round Satu Rumah Tutup Air Buat Sesetengah Orang ‘Terasa’

Nur Farra

Satu rumah round nak cari sape pakai air…

Ramai panas hati bila air takde. Masakan tidak, ketiadaan air dalam masa-masa getir memberi kesan besar bukan sahaja secara individu atau isi rumah malah menjejaskan perniagaan serta industri berkaitan.

Tapi, bila sampai masa disalurkan semula, pakat bergembira semuanya sampai terlebih-lebih guna air. Kita tak sedar, tabiat harian kita tu macam menyanyi dalam toilet atau siram pokok bunga sambil buka air laju-laju mengundang pembaziran.

Tak percaya? Tengoklah kisah abang ni. Sedaya upaya dia cuba nak control semua orang tapi kalau masing-masing takde kesedaran sendiri susah juga ye dak?

Lawak pun ada juga, tapi itulah realiti yang berlaku dalam kalangan kita sekarang. Air adalah sumber yang paling penting dalam hidup setiap daripada kita. Ada ke yang boleh hidup tanpa air? Berpasirlah badan orang tu…Gurau je!

Nak cakap panjang-panjang pun dah besar tapi tu lah, SK tetap nak kongsi juga antara tips yang korang boleh guna untuk jimatkan air selain jangan nyanyi masa mandi sebab nanti korang ralit (leka)!

  1. Kumpul baju secara mingguan atau sehingga muatan penuh untuk penjimatan elektrik dan air.

  2. Tadah air hujan untuk kegunaan seperti menyiram pokok bunga, basuh kereta, basuh kawasan rumah atau benda-benda lain. Air percuma ni ikut koranglah nak tadah berapa banyak.

  3. Guna pam tandas dwi curahan jadi korang boleh pilih jenis curahan nak guna sedikit atau yang banyak.

  4. Selalu audit pam tandas untuk pastikan keadaan saluran tangka bersih tanpa kebocoran.

  5. Anggaplah setiap titisan air yang mengalir tu bersamaan dengan duit korang yang turut sama mengalir deras. Pokoknya, masa gosok gigi, cuci muka atau bercukur jangan biarkan air dibuka berterusan. Gunalah seeloknya; dipermulaan dan pengakhiran kegunaan. Boleh?

  6. Air pun boleh dikitar semula. Caranya? Kalau duduk rumah sendiri air yang kita guna untuk mandi boleh disalurkan ke kawasan cucuk tanam rumah kita. Secara tak langsung sayur-sayur dan pokok bunga korang tersiram setiap kali korang mandi.

Last sekali, kita sama-samalah ingat yang membazir tu kan amalan syaiton. Kalau tak boleh buat semua tips di atas ni, buatlah satu-satu. Kalau korang rasa kecil nilainya, korang salah sebab setiap cara ni ada kepentingannya tersendiri. Melestari Air, Tanggungjawab Bersama.

Sanggup ke jadi kawan syaitonnnnn?