Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini

Ramai Percaya Kahwin Sepupu Mudaratkan Zuriat, Sejauh Mana Kebenarannya Disisi Islam?

Sha Rossa

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Pernahkah anda mendengar bahawa perkahwinan antara sepupu tidak digalakkan kerana akan menyebabkan kemudaratan kepada zuriat yang akan dilahirkan oleh pasangan kelak.

Anak tersebut bukan sahaja didakwa akan cacat malah berisiko mempunyai tahap kesihatan yang tidak bagus. Ramai yang percaya sehinggakan perkara ini dibawa mulut ke mulut, daripada satu generasi ke satu lagi generasi.

Namun, persoalan mula timbul benarkah perkahwinan dengan sepupu akan melahirkan zuriat yang tidak sempurna?

Bagi merungkai segala persoalan, ikuti perkongsian oleh Baitul Muslim mengenai permasalahan ini supaya dapat memberi penerangan yang jelas lagi sahih kepada semua pembaca. Semoga bermanfaat.

Gambar sekadar hiasan

“Ada yang berpendapat, kalau kahwin dengan sepupu, tak digalakkan, malah, akan melahirkan zuriat yang tidak sempurna (kecacatan)”

Ramai yang keliru, sama ada kahwin sesama sepupu ini dibenarkan ataupun tidak dalam Islam. Ada yang berpendapat, kalau kahwin dengan sepupu, tak digalakkan, malah, akan melahirkan zuriat yang tidak sempurna (kecacatan).

Kajian perubatan anak yang cacat hanya 7-8% sahaja

Namun, dakwaan ini tidak boleh diterima secara mutlak. Ianya berdasarkan kajian perubatan sahaja yang menunjukkan risiko untuk mendapat anak yang cacat hanya pada nisbah 7-8% sahaja, manakala risiko yang sama hanya pada 5% sahaja jika suami isteri bukan terdiri daripada keluarga terdekat.

Gambar sekadar hiasan

Dibenarkan oleh Allah SWT

Manakala hukum berkahwin dalam Islam dengan keluarga terdekat seperti sepupu dan seumpamanya adalah antara perkara yang dibenarkan oleh Allah SWT. Di dalam firman Allah SWT yang menerangkan wanita-wanita yang diharamkan berkahwin dalam ayat 24 surah al-Nisa’ yang membawa maksud:

Rasullah berkahwin dengan sepupu baginda

Rasulullah SAW sendiri berkahwin dengan sepupu baginda yang bernama Zainab, bahkan baginda sendiri mengahwinkan anak perempuan baginda Ummu Kultsum dan Ruqayyah dengan ‘Utbah dan ‘Utaybah, mereka adalah sepupu kepada anak perempuan baginda. Serta baginda juga mengahwinkan Fatimah dengan Ali (Ali adalah sepupu baginda).

Halal dan tidak ada kemudaratan

Justeru itu, secara kesimpulannya, perkahwinan dengan keluarga terdekat seperti sepupu adalah halal dan dibolehkan secara mutlak, malah tidak ada kemudaratan yang berterusan padanya. Tidak mungkin Allah membolehkan sesuatu secara berterusan jika perkara itu membawa kemudaratan kepada manusia.

Dengar juga jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus melalui video dibawah.

Sumber : Ustaz Azhar Idrus, BaitulMuslim.com