Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ramai Pernah Alami, Kenali Tanda Anda Makan Kerana Stres Bukan Lapar
Pernahkan anda merasa tidak tenang hati dan dengan spontannya mahu mencari makanan?
Pada masa tertentu, walaupun sudah kenyang kita makan didorong minda dan emosi yang sedang penat.
Keadaan ini dipanggil "emotional eating" atau makan ketika beremosi. Ia mungkin membuatkan seseorang merasa lega untuk sementara waktu.
Namun, untuk tempoh masa panjang, makan ketika beremosi boleh menjejaskan kesihatan dan emosi kerana punca stres tidak ditangani dengan betul.
Justeru, SK kali ini akan menjelaskan faktor yang mendorong seseorang makan ketika beremosi.
Menurut Healthline, banyak faktor boleh mendorong seseorang untuk makan.
Antara faktor luaran yang biasa mendorong seseorang makan secara emosi termasuk tekanan kerja, kebimbangan kewangan, masalah kesihatan dan konflik dalam hubungan.
Selain itu, individu yang mengikuti diet ketat atau mempunyai sejarah berdiet juga berisiko lebih tinggi mengalami fenomena ini.

Selain faktor luaran, punca dalaman juga memainkan peranan penting dalam makan secara emosi.
Antaranya termasuk kurang kesedaran terhadap perasaan sendiri, ketidakupayaan memahami atau memproses emosi (alexithymia), kesukaran mengurus emosi (disregulasi emosi dan tindak balas kortisol terhadap tekanan yang tidak mencukupi (HPA terbalik).
Makan secara emosi biasanya berlaku secara automatik dan semakin kerap makanan digunakan untuk mengatasi perasaan, semakin kuat tabiat ini terbentuk.
Menurut Healthline, makan secara emosi tidak dianggap gangguan pemakanan.
Namun, ia boleh menjadi tanda tingkah laku pemakanan yang tidak teratur yang berpotensi berkembang menjadi gangguan pemakanan.

Tingkah laku pemakanan tidak teratur termasuk:
Sangat tegas dengan pilihan makanan
Memberi label “baik” atau “buruk” pada makanan
Sering berdiet atau mengehadkan makanan
Makan kerana emosi, bukan lapar fizikal
Waktu makan yang tidak tetap
Memikirkan makanan secara obsesif sehingga mengganggu kehidupan harian
Rasa bersalah atau malu selepas makan makanan yang dianggap “tidak sihat”
Menurut Academy of Nutrition and Dietetics, gangguan pemakanan didiagnosis apabila tingkah laku makan memenuhi kriteria tertentu.
Ramai orang mempunyai tingkah laku pemakanan tidak teratur, tetapi tidak memenuhi kriteria gangguan pemakanan.
Terdapat pelbagai sebab mengapa makanan menjadi cara untuk mengatasi emosi:
Emosi sukar boleh menimbulkan rasa kekosongan atau jurang emosi.
Makan melepaskan dopamin, bahan kimia dalam otak yang membuatkan kita berasa baik.

Kita membentuk tabiat dan rutin berkaitan makanan. Jika selalu makan ketika tertekan, anda mungkin mencapai makanan pada tanda pertama tekanan secara automatik.
Makanan mudah didapati, bahkan iklan dan imej makanan boleh meningkatkan rasa lapar atau keinginan untuk makan.