Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Ramai Puji, PM Luang Waktu Baca Kad Ucapan Aidilfitri Diterimanya
Berbaki berapa hari lagi sebelum Syawal tiba, kebanyakan orang sudah tidak menang tangan menyediakan persiapan raya termasuk berlumba-lumba pulang ke kampung halaman.
Begitu juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima pelbagai coretan kad Hari Raya Aidilfitri daripada pelajar-pelajar sekolah, institusi dan sebagainya.
Menerusi perkongsian video di Facebook rasminya, Anwar kelihatan teruja membuka dan membaca satu per satu kad ucapan yang diterimanya di pejabat.
“Saya doakan keafiatan dan kesejahteraan buat semua, Insya-Allah.
“Salam Aidilfitri,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri terhadap PMX.
“Selamat Hari Raya Aidilfiri utk PMX dan keluarga tersayang,” komen seorang pengguna.
“Amin-Amin..didoakan juga untuk PMX DSAI dan keluarga moga sihat selalu musim perayaan ni,” komen seorang pengguna.
“Begitu kasih rakyat kepada PMX,” komen seorang pengguna.
Dalam pada itu, aliran trafik dilaporkan bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama berikutan pertambahan kenderaan, menjelang sambutan Aidilfitri.
Setakat 4.30 petang, terdapat pertambahan kenderaan keluar dari ibu kota dengan trafik perlahan dilaporkan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bagi laluan E1 dan E2 di kedua-dua arah dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata di Lebuhraya PLUS E1 arah utara, trafik perlahan dari Bukit Tagar ke Tanjung Malim, Sungkai ke Bidor, Tapah ke Gopeng, Sungai Perak ke Taiping serta Perai ke Bukit Mertajam.
“Bagi Lebuhraya PLUS E2 arah selatan, trafik semakin padat dari Nilai ke Hentian Rehat dan Rawat Seremban, Seremban ke Senawang serta Simpang Ampat ke Ayer Keroh.
“Bagi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2, kenderaan bergerak perlahan di Kuala Terengganu dan di Lebuhraya KLK pula, trafik masih perlahan dari Plaza Tol Gombak ke Bentong,” katanya.
Sumber: Facebook Anwar Ibrahim