Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Ramai Rindui Litar Sepang, Jadi Salah Satu Pilihan Jika Buat “Comeback” F1

ramai rindui litar sepang
Kredit: Bernama

Ramai Rindui Litar Sepang, Jadi Salah Satu Pilihan Jika Buat “Comeback” F1

Formula Satu (F1) merupakan salah satu sukan yang mempunyai peminat tersendiri dan sangat popular. Ia juga ialah kemuncak sukan permotoran dan perlumbaan paling berprestij di dunia.

Setiap perlumbaan sukan ini dipanggil sebagai Grand Prix dan ia diadakan di pelbagai lokasi di seluruh dunia.

Sebanyak 24 perlumbaan di 21 negara merentasi lima benua termasuk dalam kalendar Formula 1. Antara litar klasik yang sering mencuri tumpuan ialah Silverstone, Spa-Francorchamps dan Suzuka. Kini, beberapa lagi litar turut ditambah termasuk di Las Vegas, Miami dan Arab Saudi.

Namun, masihkah anda ingat ketika kegemilangan Litar Antarabangsa Sepang menganjurkan Grand Prix ini? Boleh dikatakan bahawa litar Sepang merupakan salah satu litar kegemaran ramai kerana reka bentuknya yang canggih dan mencabar.

Ia masih kekal ikonik walaupun perlumbaan F1 tidak lagi diadakan di situ sejak tahun 2017. Untuk pengetahuan, Litar Sepang masih lagi disebut-sebut dan dirindui oleh para peminat sukan itu dari seluruh negara.

Buktinya dapat dilihat menerusi kiriman tular di laman X baru-baru ini yang menyaksikan akaun @formularacers bertanya kepada orang ramai mengenai litar mana yang menjadi pilihan untuk membuat comeback Grand Prix.

Selain Litar Sepang, enam lagi litar yang ‘menyepi’ dari Grand Prix juga turut diberi pilihan iaitu di Hockenheim (Jerman), Istanbul (Turkiye), Antarabangsa Korea (Korea Selatan), Portimao (Portugal), Mugello (Itali) dan Valencia (Sepanyol).

“Kalau anda boleh bawa semula hanya dua litar daripada senarai ini, yang mana anda akan pilih,” tulis kiriman di akaun itu pada 30 Julai.

Menariknya, ramai yang memilih Litar Sepang dan Hockenheim kerana beberapa sebab seperti reka bentuknya dan faktor cuaca yang tidak menentu, menambahkan cabaran dalam perlumbaan.

Membesar dengan melihat perlumbaan di Sepang

ramai rindui litar sepang
ramai rindui litar sepang
ramai rindui litar sepang

Ada juga yang berkata bahawa litar Sepang paling menarik dan sangat sesuai untuk kereta F1 masa kini.

ramai rindui litar sepang
ramai rindui litar sepang
ramai rindui litar sepang

Bawa Sepang kembali

ramai rindui litar sepang
ramai rindui litar sepang
ramai rindui litar sepang

Kos kewangan dan minat orang ramai di negara ini mungkin dilihat sebagai antara faktor Litar Sepang tidak lagi tersenarai dalam kalendar tetap F1. Justeru, masih tiada sebarang tanda-tanda atau pengumuman mengenai perlumbaan F1 di masa hadapan.

Sumber: forumlaracers, Formula 1

BACA JUGA: Tiada Perbincangan Bawa Kembali Perlumbaan F1 Ke Malaysia – Petronas