Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Ramai Tak Pernah Sampai, Ini Rupanya Penamat “Game Dino”
Permainan komputer sejak dahulu lagi menjadi hiburan utama ketika waktu senggang, baik untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Dengan pelbagai genre dan tahap kesukaran, ada pemain yang sanggup meluangkan masa berjam-jam demi menamatkan satu-satu permainan.
Namun begitu, tidak semua permainan dicipta dengan penamat sebenar. Ada juga yang direka tanpa penghujung, semata-mata untuk menguji sejauh mana kecekapan dan ketahanan pemain.
Salah satu daripadanya ialah permainan Dino dalam Google Chrome. Pasti ada antara pembaca yang tertanya-tanya, benarkah permainan ini ada penamat? Jika ya, mengapa belum pernah kita dengar bagaimana penamatnya?
Seorang pemain permainan atas talian telah mencipta sejarah dengan berjaya mencapai skor maksimum 999,999 dalam permainan Dino di Google Chrome.
Rakaman skrin kejayaan tersebut telah dikongsikan menerusi satu video di platform YouTube. Dalam rakaman itu, pemain berkenaan menamatkan permainan ini menggunakan bantuan mesin virtual sehingga sistem memaparkan paparan skor tertinggi diikuti mesej permainan tamat.
Permainan Dino, yang hanya muncul ketika sambungan internet terputus, kini bukan sekadar hiburan ringkas sewaktu talian tergendala. Ia telah menjadi satu cabaran global, khususnya dalam kalangan pengguna yang berlumba-lumba mencapai mata tertinggi.
Berdasarkan maklumat yang dipaparkan dalam video tersebut, pemain terbabit telah mencapai tahap maksimum yang selama ini dianggap hampir mustahil untuk dicapai.
Permainan ini mula diperkenalkan oleh pasukan Google Chrome pada tahun 2014. Ia direka khas untuk mengurangkan tekanan pengguna apabila tidak dapat mengakses internet.
Menurut jurutera UX Chrome, Edward Jung, permainan ini diwujudkan sebagai teman mesra pengguna sewaktu talian terputus.
“Tiada apa yang menyeronokkan apabila terputus talian, kecuali jika anda ditemani T-Rex yang mesra,” katanya.
Edward juga memaklumkan bahawa permainan ini merupakan cubaan pertamanya menulis permainan video. Antara cabaran utama termasuk membangunkan sistem lompatan, pengesanan perlanggaran dan keserasian pelantar.
Versi awal permainan itu turut mengalami masalah ketika dimainkan pada peranti Android lama. Justeru, ia perlu ditulis semula sebelum diperluas kepada semua platform pada Disember 2014.
Pereka bentuk Chrome, Sebastien Gabriel pula mendedahkan idea asal permainan ini muncul pada awal 2014.
“Konsep endless runner sebagai telur Easter pada halaman luar talian adalah ilham kami. Ia simbolik kepada zaman prasejarah, iaitu zaman tiada sambungan Wi-Fi,” jelasnya.
Mereka pada mulanya merancang menambah animasi seperti tendangan comel atau dengusan T-Rex, namun akhirnya memilih untuk kekalkan konsep asas iaitu berlari, melompat dan tunduk.
Edward turut memaklumkan bahawa sekitar 270 juta permainan Dino dimainkan setiap bulan di seluruh dunia.
Kebanyakan pemain datang dari negara yang mengalami sambungan data mudah alih yang perlahan seperti India, Brazil, Mexico dan Indonesia. Populariti yang semakin meningkat memaksa Google membina pautan khas iaitu chrome://dino, agar permainan itu boleh dimainkan tanpa perlu memutuskan talian internet.
Sebagai tambahan, permainan ini turut mengalami beberapa peningkatan termasuk kehadiran pterodaktil, mod malam serta edisi khas ulang tahun ke-10 Chrome. Dalam edisi ini, pemain boleh menemui kek, belon dan topi hari jadi di sepanjang permainan.
Alan turut berseloroh bahawa kek tersebut berperisa vanila klasik hasil ciptaan Edward, yang juga seorang pembuat kek amatur.
Edward menjelaskan permainan itu sebenarnya dibina untuk dimaksimumkan selama kira-kira 17 juta tahun, merujuk kepada tempoh kewujudan sebenar T-Rex di muka bumi.
“Kemungkinan kekunci spacebar anda tidak akan tahan selama itu,” selorohnya pula.
Sumber: MisaNext, TNW, Google Blog
BACA: Mat Saleh Bantu Lelaki Terkandas Tepi Jalan, Tunda Motor Ke Tempat Selamat
BACA: Kajian MIT Dedah ChatGPT Jadikan Pengguna Malas, Pemikiran Otak Merosot