Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ramai Tak Sedar, Benda Kecil Ini Punca Kereta Jadi 'Meragam'

Adib Haiqal
Kereta
Kredit: Gambar AI via Gemini

Ramai Tak Sedar, Benda Kecil Ini Punca Kereta Jadi 'Meragam'

Dalam dunia automotif, ramai pemilik kenderaan lebih memberi perhatian kepada komponen yang jelas kelihatan seperti enjin, tayar atau sistem brek.

Namun, terdapat juga beberapa bahagian yang jarang diberi perhatian walaupun memainkan peranan penting dalam memastikan sesebuah kenderaan berfungsi dengan baik setiap hari.

Kenderaan moden hari ini semakin bergantung kepada pelbagai sistem elektronik dan teknologi canggih.

Daripada lampu, penghawa dingin, sistem hiburan sehinggalah kepada pelbagai sensor keselamatan, semuanya memerlukan bekalan kuasa yang stabil untuk beroperasi secara optimum.

Apabila salah satu komponen sokongan dalam sistem elektrik tidak berada dalam keadaan baik, prestasi keseluruhan kenderaan juga boleh terjejas tanpa disedari.

Namun, berapa ramai sebenarnya yang mengambil berat tentang komponen-komponen kecil yang sering tidak diberi perhatian dalam sesebuah kenderaan?

Kadangkala, bahagian yang nampak remeh inilah yang memainkan peranan besar dalam memastikan sesebuah kenderaan beroperasi dengan lancar setiap hari.

Jangan Pandang Remeh Grounding Cable Kereta

Ramai orang ambik mudah pasal grounding cable dekat kereta sebab benda ni nampak kecil. Tak berbunyi, tak bergerak, bukan macam turbo atau rim sport yang terus nampak lawa.

Tapi bila grounding dah mula bermasalah, baru satu-satu perangai pelik kereta boleh keluar. Lampu jadi malap, starting macam malas, radio ada bunyi gangguan, meter tiba-tiba tak stabil.

Apa Sebenarnya Fungsi Grounding Cable?

Grounding ni kerja dia bagi aliran elektrik berjalan dengan lancar dan stabil. Bila sambungan grounding longgar atau berkarat, arus jadi tak konsisten. Elektronik dalam kereta sekarang pula makin sensitif.

Silap sikit terus buat hal. Kadang-kadang aircond jadi tak sejuk macam biasa, sensor baca pelik, bahkan fuel consumption pun boleh terjejas.

Ada orang sanggup habis beribu tukar barang tapi tak pernah check kabel grounding yang harga jauh lebih murah.

Bila pomen bersihkan point grounding atau tukar cable baru, terus kereta rasa lain macam.

Enjin boleh jadi lebih smooth, starting lebih ringan, lampu lebih terang. Masa tu baru korang akan faham.

Bukan nak kata grounding cable ni magic. Jangan percaya sangat ayat marketing yang cakap pasang grounding terus pickup macam kereta racing.

Tapi kalau sistem grounding asal memang dah uzur, memang ada beza yang boleh rasa. Logiknya mudah je. Elektrik stabil, komponen pun kerja lebih baik.

Sekarang ni banyak kereta moden penuh dengan sensor dan modul elektronik. Sebab tu benda basic macam grounding pun kena jaga betul-betul.

Kadang benda kecil yang orang pandang remeh tu lah sebenarnya jadi punca masalah paling menyakitkan kepala.