Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ramai Tak Tahu, Bahan Paling Awal Dalam Senarai ‘Kandungan Makanan’ Adalah Yang Paling Banyak Digunakan

Kredit gambar: Google

Umumnya setiap makanan yang djual di pasaran, pasti akan disertakan sekali bahan kandungannya di bahagian belakang bungkusannya.

Sekali imbas, kita mungkin nampak bahan-bahan kandungan yang disenaraikan itu hanyalah senarai bahan biasa semata-mata.

Dalam masa sama, ia juga merupakan satu ‘kewajipan’ ke atas mana-mana pengeluar makanan untuk menjelaskan senarai bahan kandungan atau ramuan produk tersebut.

Tapi tahukah anda, bahan kandungan atau ramuan yang disenaraikan itu sebenarnya ‘disusun’ mengikut kuantiti berat masing-masing?

Berdasarkan Peraturan-peraturan Makanan 1985, perlabelan makanan sesuatu ramuan produk perlu disenaraikan berdasarkan beratnya, di mana bahan yang paling banyak jumlahnya akan disenaraikan dahulu dan di bahagian hadapan sekali.

Mari lihat penjelasan di laman Twitter Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah ini.

Merujuk rajah di atas, bahan ramuan yang disusun paling depan sekali itulah sebenarnya kandungan yang paling banyak digunakan.

Manakala yang belakang pula adalah bahan yang paling sedikit digunakan. Itulah ‘format’ senarai penggunaan bahan ramuan yang ditetapkan oleh KKM.

Bayangkan, kalaulah sesuatu produk minuman itu menyatakan ‘gula’ di depan, maka faham-fahamlah sendiri..bahawa minuman itu memang sangat tinggi gulanya.

Jadi sebagai kesimpulannya, pilihlah makanan yang berkhasiat dan seimbang kandungannya. Pilihan di tangan anda. Buatlah pilihan yang lebih bijak.

Sumber: Twitter Bahagian Pemakanan KKM