Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ramai Tak Tahu, Ini Cara ‘Sunat’ Pokok Kalau Nak Hasilnya Lebat

Nur Alissa
Cara sunat pokok
Kredit: YouTube Encik Nelayan

Ramai Tak Tahu, Ini Cara ‘Sunat’ Pokok Kalau Nak Hasilnya Lebat

Hobi berkebun bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga memberi manfaat kesihatan.

Melalui berkebun, toksin dalam badan boleh dikeluarkan melalui peluh, selain mengurangkan tekanan harian.

Namun, apa perasaan anda jika pokok yang ditanam dengan penuh kasih sayang, tenaga dan masa, langsung tidak berbunga atau berbuah?

Setelah bertahun-tahun menunggu, hasilnya tetap mengecewakan. Sudah cuba bermacam-macam petua, baja organik, hingga teknik di internet, namun hasilnya tetap sama. Buntu, kan?

Jangan risau, ada satu teknik menarik yang mungkin belum anda cuba iaitu teknik ‘sunat’ pokok.

Kaedah ini telah dikongsikan menerusi YouTube Encik Nelayan, dan ternyata ianya cukup berkesan.

Berikut kami kongsikan teknik ‘sunat’ pokok untuk memastikan pokok anda berbunga lebat dan berbuah ‘meriah’.

Langkah mudah ‘sunat’ pokok

Menurut Encik Nelayan, teknik ini melibatkan proses pemangkasan dan kelaran pada dahan pokok.

Langkah ini bertujuan untuk mengoptimumkan penyerapan nutrisi supaya pokok dapat menghasilkan bunga atau buah dengan lebih baik.

Berikut adalah panduan langkah demi langkah:

1. Proses Pemangkasan

sunat pokok
Kredit: YouTube Encik Nelayan

Kenal pasti dahan yang tidak diperlukan: Cari dahan yang tumbuh menegak. Dahan seperti ini cenderung menyerap nutrisi secara berlebihan tanpa memberi manfaat kepada pertumbuhan bunga atau buah.

Potong dahan menegak: Gunakan alat pemotong tajam untuk memangkas dahan tersebut. Pastikan hanya tinggal dahan yang tumbuh secara melintang.

Buang pucuk baru: Jangan biarkan pucuk-pucuk muda bersaing dengan bunga atau buah untuk nutrisi.

2. Teknik Mengelar Dahan

sunat pokok
Kredit: YouTube Encik Nelayan

Buat kelaran pada dahan: Gunakan gergaji atau pisau untuk membuat dua kelaran melingkar pada pertengahan dahan yang tinggal. Kelaran ini perlu sedalam lapisan kulit kayu dan berjarak sekitar 2cm hingga 3cm.

Cungkil kulit kayu: Anda boleh mencungkil keluar lapisan kulit kayu tersebut atau membiarkannya sahaja. Langkah ini akan menghalang aliran nutrisi ke bahagian atas dahan, sekali gus ‘memaksa’ pokok menghasilkan bunga dan buah.

Ulang pada setiap dahan: Lakukan teknik ini secara konsisten pada setiap dahan yang memerlukan.

Mengapa teknik ini berkesan?

Teknik ini membantu mengalihkan tumpuan nutrisi kepada dahan yang benar-benar diperlukan untuk berbunga dan berbuah.

Nutrisi yang sebelumnya ‘terperangkap’ di dahan yang tidak produktif akan digunakan dengan lebih bijak.

Menariknya, teknik ini bukan sahaja sesuai untuk pokok buah seperti mangga, tetapi juga boleh diaplikasikan pada pokok bunga.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

BACA: Tip: Ini 3 Benda ‘Wajib’ Periksa Selepas Memandu Jarak Jauh

BACA: Ini Kos & Anggaran Keuntungan Buka Vending Machine

BACA: Ramai Tak Tahu, Tak Semua OKU Boleh Parking Di Tempat OKU

Sumber: YouTube Encik Nelayan