Pada hari ini, boleh dikatakan hampir setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kenderaan, tak kira motorsikal, kereta, van dan sebagainya.
Perkara ini bukan sahaja menyebabkan jalan raya menjadi semakin sesak, malah ia juga menyebabkan tempat parkir menjadi semakin terhad.
Lihat sahaja di bandar-bandar besar, seringkali kita lihat ada pemandu yang terpaksa menghalang kereta lain dan meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi oleh pemilik kereta yang dihalang.
Keadaan ini diburukkan lagi dengan perangai sebahagian daripada kita yang tanpa segan silu cop parkir yang disediakan untuk kegunaan orang awam seperti di rumah pangsa, apartmen mahupun di hadapan kedai.
Akan tetapi ramai yang tidak sedar bahawa tindakan cop parkir ini adalah satu jenayah dan pelaku boleh dikenakan denda dan hukuman penjara sehingga satu tahun.
Hukuman berkaitan gejala ini telah dikongsikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia melalui Facebook-nya baru-baru ini.
Sumber: FB Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia