Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ramai Trainers Keluar Memburu, KLCC ‘Diserbu’ Sempena Pokémon GO Fest 2026

Pokémon GO Fest 2026
Kredit: MatKhair1

Ramai Trainers Keluar Memburu, KLCC ‘Diserbu’ Sempena Pokémon GO Fest 2026

Kawasan sekitar Taman KLCC dipenuhi orang ramai hari ini susulan penganjuran Pokémon GO Fest 2026: Global.

Menerusi perkongsian beberapa pengguna di Threads, ramai pemain atau Trainers dilihat berkumpul di taman berkenaan sejak pagi tadi.

Bagi yang belum tahu, acara tersebut berlangsung selama dua hari sehingga Ahad, dari pukul 10 pagi hingga 7 malam.

Seorang pemain, @MatKhair1 berkongsi suasana di festival itu pada hari ini.

Dia yang telah bermain Pokémon GO sejak 2016 berkata acara itu merupakan yang terbesar di Kuala Lumpur yang disertainya setakat ini.

"Saya bermain sejak 2016, selepas itu berhenti dan sambung semula.

"Saya baru pulang dari Acara GoFest Osaka di Jepun," katanya kepada SK.

Kredit: MatKhair1
Kredit: MatKhair1

Pokémon GO Fest 2026: Global berlangsung serentak di seluruh dunia, manakala sambutan komuniti secara fizikal turut diadakan di beberapa lokasi terpilih termasuk Taman KLCC.

Acara yang dibuka secara percuma kepada orang ramai itu menyaksikan komuniti pemain tempatan berkumpul untuk memburu Pokémon, menyelesaikan tugasan khas dan menyertai Raid Battles bersama-sama.

Antara tarikan utama acara kali ini ialah kemunculan Mega Mewtwo X dan Mega Mewtwo Y menerusi Super Mega Raid Battles.

Pemain boleh memperoleh Mewtwo Mega Energy X atau Mewtwo Mega Energy Y selepas menewaskan kedua-dua Pokémon berkenaan.

“Mewtwo yang ditangkap daripada Super Mega Battles pula akan mempunyai sekurang-kurangnya satu Mega Level yang telah dibuka,” menurut laman rasmi Pokémon GO.

Selain itu, pemain yang log masuk sepanjang hujung minggu Pokémon GO Fest 2026: Global akan menerima Special Research yang menawarkan peluang untuk bertemu Zeraora.

Pengunjung di Taman KLCC juga boleh menikmati acara pop-up Pokémon GO, aktiviti interaktif, peluang bergambar dan pelbagai aktiviti bersama Community Ambassador tempatan.

Hadiah serta barangan Pokémon GO turut disediakan selagi stok masih ada.